SILALAH CEMBURU !

semata mata nak makan sup gearbox ni , aku pergi sampai ayer hitam mencarinya . dan benda tu berbaloi sebab sedap ! aku makan sorang ok ! puas dan happy :) tu je
p/s : nak makan lagi hehe

18SX ! (below no entry)

assalamualaikum !
lama tak buat enrty baru . senang cerita aku malas ! malas nak merungut pasal keadaan sekeliling dan malas nak cari masa nak buat benda ni sedangkan aku punya banyak kerja lain seperti assignment , qiuz , test , trip kelas dan masalah masalah yang sewajarnya aku fikir . tengok tajuk mesti ramai yang teruja nak tengok apa aku tulis kan ? marilah baca
aku rindu kehidupan lama . serius ! walaupun saat aku buat entry ni aku berada di rumah , di ruang tamu , tapi aku masih rasa rindu yang amat sangat . macam aku dekat luar negara . damn ! apa punya complicated lahh perasaan ni . aku rindu macam mana aku buang masa dengan bersungguh sungguh dengan benda yang tak berfaedah dan tak sepatutnya masa sekolah dulu . aku rindu macam mana aku terasa diri kurus sikit masa tu dan ada banyak masa nak tidur . RINDU ! arghh
well apa yang aku rasa sekarang ni adalah true . yang kenangan tu semua fake . kite sentiasa rindu yang fake berbanding yang true . kenapa ? sebab kite hidup berdasarkan memori yang telah tercipta . bukan yang akan dicipta . ahh apa aku merepek ni ? --'
masa zaman kanak kanak dulu , dalam form3 , aku pergi mana mana naik bas . maklumlah , kene mengamalkan menaiki pengangkutan awam bagi menggelakkan traffic jam . lol . aku selalu rasa segelintir penduduk Malaysia ni peramah . terutama yang lelaki . sebab setiap kali aku tunggu bas mesti ada hon-hon sumbang yang akan berbunyi . sakit telinga woii ! tak padan dengan tua . err --' menjengkelkan ! then kenapa masuk tandas pun kene bayar ? 20 sen , 30 sen ? mahal tau ! kalau tandas tu dah dijamin bersih macam tandas hotel 5 star , siap bole tidur dalam tu . mintak seringgit pun aku bayar --' mari pergi jusco ! tak kene bayar HAHA
*p/s : i may be nice to you , and i may be not . bergantung pada betapa seronoknya situasi tu :) make effort ! love life ! tajuk tu saje je KAHKAHKAH

KOSONG !

assalamualaikum peeps !
pernah tidak kau merasakan yang diri kau da tidak diperlukan oleh sesiapa lagi . dah tak dipedulikan sesiapa lagi . dan dah dilupakan oleh orang orang yang dulu pernah amik berat dan kesah pasal kau ? selalukan berperasaan begitu ? mungkin ni disebabkan emosi kau sendiri yang kurang stabil akibat kau merasa semua kekurangan yang ada pada diri kau membuatkan orang lupakan kau dan menolak untuk bersama kau . ahh tidak ! kau salah .
sayangi diri sendiri adalah keutamaan yang kau patut dahulukan . jangan terbawak bawak oleh emosi . ramai di luar sana kesah pasal kau cuma mereka tidak cakap . kadanag kadang aku terfikir jugak , ada ke yang kesah pasal diri aku ? macam tak ada je . aku food poisoning tak ada sape pun yang layan seelok mungkin . ouh mugkin semua jauh lalala . orang tu pening , macam macam dilayan . pening je kot .
secara jujurnya kau rindu rumah . aku rindu family . aku rindu sangat semua masa silam . hati kosong tiada siapa yang tahu dan mengerti . aku faham . hati kita , kita saja yang tahu . tapi masih adakah yang sanggup kongsi susah senang selamanya ? erti kawan yang tak dapat diungkap . sunyi dan keseorangan . tiada insan yang dulu sentiasa mendengar cerita bila malam menjelang . tiada insan yang dulu berjaga malam bersama sebelum terlelap . tiada .
kenangan tidak akan kembali . hanya untuk diingati . ciptalah kenangan baru dan bergembiralah . tiada yang peduli ? tidak mengapa . Allah mendengar dan peduli :)
p/s : banyak bercakap bukan bermakna tiada pengalaman hidup . banyak bercakap bukan bermakna banyak salah . banyak bercakap bukan sesuatu yang dibuat buat . jangan salah anggap dekat orang yang banyak bercakap . sebab hati dia seribu kali lebih terluka dan parah dari orang yang diam dan banyak memanipulasi