HARI YANG MENGAJAR AKU ERTI HIDUP



Assalamualaikum .

THE BEST PART OF ME ARE I'M STRONG ENOUGH AND GOOD ENOUGH TO HIDE WHAT I FEEL  IN FRONT OF MY FAMILY AND BEING FAKE TO MYSELF AND TELL LIES TO MY HEART SO THAT I CAN SMILE FOR THE REST OF MY DAY . SILLY ME

Sejujurnya aku tahu semua benda yang terjadi akan ada hikmahnya dan jalan yang tersendiri yang Allah ciptakan untuk hambanya . Aku bukan seorang manusia yang kuat . Sama sekali tidak . Tapi aku berpura pura menjadi kuat hanya untuk pastikan orang keliling aku tidak susah hati dengan keadaan aku . Kejam ke aku dengan diri sendiri kerana menipu hati aku sendiri ? Ketentuan hidup dan jalan hidup yang dah ditentukan akan ada hikmahnya . Penuh dengan dugaan untuk menjadikan aku lebih matang . Aku suka nasihatkan orang , dengar masalah orang , fikir pasal masalah orang , tapi bila aku yang menghadapi situasi itu , aku gagal untuk dengar kata hati aku . Aku gagal untuk pilih jalan yang terbaik dan aku gagal untuk berfikiran positif .

Sekarang aku makin sedar yang minat akan sesuatu bidang akan  mengatasi segalanya . Selalu aku dengar yang orang kata minat boleh dipupuk , tak kenal maka tak cinta . Bagi aku itu salah . Untuk buat sesuatu yang terbaik , kau kene jatuh cinta . Barulah kau akan ada semangat untuk berjaya . Samalah macam cinta . Jika kau dah betul-betul jatuh cinta , kau akan berusaha untuk kahwin dengan dia . Barulah kau akan dapat hasil dari apa yang kau minat .

Aku juga tak percaya dengan konsep buat membuta tuli . Sejujurnya aku tak akan dapat kepuasan bila sesuatu benda yang aku belajar tapi aku tak faham dan tiada matlamat . Dari dulu memang aku tahu yang aku tersilap langkah tapi aku teruskan juga kerana kata-kata minat boleh dipupuk . Sekarang da terbukti yang ini bukanlah bidang aku . Apa yang terbaik untuk aku sekarang ? Saat ini aku hanya mengharap diri aku disuatu tempat yang tiada orang dan menangis sepuas-puasnya . Duduk dan berfikir apa yang aku perlu buat untuk masa depan aku .

Sekarang apa yang aku perlukan hanyalah pelukan mak dan abah . Tapi aku tahu aku akan menangis kalau macam tu . So aku lebih memilih untuk berpura-pura kuat depan mereka . Abah sangat faham dengan keadaan aku . Dari air muka dan mata aku dia dapat tahu bahawa ada yang tak kene dengan aku pagi tadi dan dia kata 'What is wrong with you ? You seem so sad and hiding something from me . You are strong right ? You have lots of experience . Good and bad . But this time only you know what you are facing right now' . Sebaknya hati aku . Dia sangat memahami anaknya . Tapi aku tak nak dia susah hati . So aku diamkan dan senyum . Seperti sekarang :)


Aku akan terus senyum walaupun hati ini sebak yang teramat sangat . Kerana aku tak mahu susahkan hati 2 orang insan yang aku panggil . mak dan abah . insyaallah :)

JANGAN DISAKITI HATI YANG IKHLAS

Assalamualaikum.

Sehari suntuk hujan dengan lebatnya . Kilat sambung menyambung . Aku terus diulit tidur yang nyenyak . Begitulah hidup orang yang tengah bercuti . Satu kesyukuran dan kenikmatan yang memanjang . Alhamdulillah .

Walau macam mana sekali pun aku sedang syok bercuti , ada saja yang bertanya dengan aku perihal hati . Hati dipermainkan . Nak mainkan hati orang lain . Tikam belakang kawan , pakwe , makwe dan seangkatan dengannya . Itu dan ini yang tak berpenghujung . Dalam dunia ini , siapa saja yang boleh penuhi kehendak hati ? Baik orang mahupun orang lain , semuanya gagal . Gagal sama sekali sebab hati ini akan sentiasa berkait dengan nafsu .
Baru-baru ini ada sorang makwe ni mengadu dekat aku .
"Dia jahat ! Sampai hati dia kencing aku . Takpe nanti tahulah dia siapa aku . Aku nak balas dendam !", kata makwe itu .
"Ada pertandingan nak tengok siapa lebih hebat balas dendam ke ?", kata aku .

Perbualan aku dengan makwe tu semakin rancang dengan plan-plan dan strategi yang makwe itu rancang . Aku secara tak sengaja terlibat sama untuk mendengar strategi makwe itu .

Sebenarnya masalah hati ini berpunca dari pihak pakwe sendiri . Masa awal percintaan , sama sama diulit bahagia , bermanja sakan , berdating sokmo dan mengabaikan kawan yang lain . Itu hanyalah situasi pada tahap pertama percintaan , iaitu 3 hingga 4 bulan yang pertama . Tiba-tiba pasangan itu bergaduh dan akhirnya berpisah . Pada tahap inilah yang aku katakan hati tidak mampu menerima keadaan yang terjadi . Hati makwe itu ikhlas sayangkan pakwe , tapi dimainkan akhirnya . Sesungguhnya hati yang suci niatnya ditukar menjadi seorang yang pendendam dan tak seceria selalu .

Sebenarnya apa yang berlaku ini hanyalah satu proses untuk lebih matang . Tapi aku tak menafikan bila hati seseorang itu sedih , dia tak mampu berfikir dengan warasnya . Apa faedahnya kau lukakan hati yang ikhlas ? Bangga ? Nak tunjuk yang mana-mana makwe kau boleh dapat ? Sedarlah pakwe , itu semua tak menjamin apa-apa selain dari tulang rusuk kau yang satu dan yang halal . Bercinta tidak salah . Yang salahnya , kau memainkan hati orang . Hati adalah satu nikmat yang perlu dijaga kerana segala perasaan ada di situ .

*p/s : aku hanyalah menulis untuk bacaan . bukan menunding jari . mungkin situasinya boleh jadi sebaliknya . makwe yang kencing pakwe misalnya . hehe