JANGAN DISAKITI HATI YANG IKHLAS

4/11/2012 01:45:00 AM

Assalamualaikum.

Sehari suntuk hujan dengan lebatnya . Kilat sambung menyambung . Aku terus diulit tidur yang nyenyak . Begitulah hidup orang yang tengah bercuti . Satu kesyukuran dan kenikmatan yang memanjang . Alhamdulillah .

Walau macam mana sekali pun aku sedang syok bercuti , ada saja yang bertanya dengan aku perihal hati . Hati dipermainkan . Nak mainkan hati orang lain . Tikam belakang kawan , pakwe , makwe dan seangkatan dengannya . Itu dan ini yang tak berpenghujung . Dalam dunia ini , siapa saja yang boleh penuhi kehendak hati ? Baik orang mahupun orang lain , semuanya gagal . Gagal sama sekali sebab hati ini akan sentiasa berkait dengan nafsu .
Baru-baru ini ada sorang makwe ni mengadu dekat aku .
"Dia jahat ! Sampai hati dia kencing aku . Takpe nanti tahulah dia siapa aku . Aku nak balas dendam !", kata makwe itu .
"Ada pertandingan nak tengok siapa lebih hebat balas dendam ke ?", kata aku .

Perbualan aku dengan makwe tu semakin rancang dengan plan-plan dan strategi yang makwe itu rancang . Aku secara tak sengaja terlibat sama untuk mendengar strategi makwe itu .

Sebenarnya masalah hati ini berpunca dari pihak pakwe sendiri . Masa awal percintaan , sama sama diulit bahagia , bermanja sakan , berdating sokmo dan mengabaikan kawan yang lain . Itu hanyalah situasi pada tahap pertama percintaan , iaitu 3 hingga 4 bulan yang pertama . Tiba-tiba pasangan itu bergaduh dan akhirnya berpisah . Pada tahap inilah yang aku katakan hati tidak mampu menerima keadaan yang terjadi . Hati makwe itu ikhlas sayangkan pakwe , tapi dimainkan akhirnya . Sesungguhnya hati yang suci niatnya ditukar menjadi seorang yang pendendam dan tak seceria selalu .

Sebenarnya apa yang berlaku ini hanyalah satu proses untuk lebih matang . Tapi aku tak menafikan bila hati seseorang itu sedih , dia tak mampu berfikir dengan warasnya . Apa faedahnya kau lukakan hati yang ikhlas ? Bangga ? Nak tunjuk yang mana-mana makwe kau boleh dapat ? Sedarlah pakwe , itu semua tak menjamin apa-apa selain dari tulang rusuk kau yang satu dan yang halal . Bercinta tidak salah . Yang salahnya , kau memainkan hati orang . Hati adalah satu nikmat yang perlu dijaga kerana segala perasaan ada di situ .

*p/s : aku hanyalah menulis untuk bacaan . bukan menunding jari . mungkin situasinya boleh jadi sebaliknya . makwe yang kencing pakwe misalnya . hehe

You Might Also Like

0 comments