MUNGKIN UNTUK KAU . MUNGKIN UNTUK AKU

10/27/2012 01:05:00 AM

Hambar perasaan aku hari ni . Aku melawat atok aku di rumah orang-orang tua . Langkah masuk sudah terasa berat . Kenapa harus disini pada raya ini ? Mungkin itu hikmah . Mungkin itu jalan yang Allah dah tentukan untuk dia . Kebetulan ada jamuan raya di situ . Sungguh warga emas tidak dilupakan . Duduk dalam bulatan menghadap atok . Sayu wajah dia . Sayu lagi hati aku bila dia di situ . Mungkin ini bahagian anak-anak dia untuk jaga dia . Dari satu tempat aku duduk di tempat lain . Melihat keadaan hidup . Melihat makna hidup dan kelakuan orang lain . Aku leka . Leka dengan takdir yang memang Allah tulis .

Seorang itu , tidak cacat cuma fikiran masih anak-anak . Aku teguk air . Apa nasib aku nanti ? Sehingga kini aku menghirup nafas dengan cukup sempurna , syukur . Terpapah-papah nak bawak atok balik kampung . Kasihan .

Kampung . Terbayang satu suasana yang asing . Ada kenduri tadi . Aku sampai lambat kerana uruskan atok aku . Satu renungan diberi . Ah sudah . Jadi lagi . Kerap kali babak yang sama . Kau tak bosan ? Aku dah bosan . Sungguh . Selesai basuh pinggan yang amat banyak , badan ku pusing kiri , ku pusing kanan . Akan jadi babak yang sama ke bila aku dah kerja ? Bila aku dah kahwin ? Dia , kenapa perlu tonjolkan posisi diri yang selamanya negetif ? Perlu ke untuk aku berdesis dalam hati untuk kau ?

Akhirnya , biarlah dia . Itu cara dia . Aku diam . Sambil tengok tv , aku terfikir satu perkara .

Itu bahagian kau untuk berbakti kepada dia . Itu bahagian kau untuk buat apa pada dunia .
Bahgian aku kelak masih rahsia . Moga Allah sentiasa jadikan hidup aku ini bermakna .
Amin .

You Might Also Like

0 comments