KERANA AKU SEDIH



Aku menangis ada kau kesah ?
Aku sakit ada kau kesah ?
Tak ada kan ?
Kerana apa ?
Kerana aku yang terlampau kesah pasal kau .
Ye kau yang aku takut kehilangan .
Dalam dunia ini bukan kau seorang yang ada masalah .
Aku pun punya masalah .
Mungkin pada luaran aku nampak kuat .
Tapi dalaman aku lemah .
Lemah sampaikan setiap kali aku buat salah dekat kau , aku marah diri sendiri .
Rasa itu tersimpan dalam hati dan tak mampu dipadam .
Kerana aku terlampau kesah dekat kau , hati aku sedih .
Sedih yang aku tak punya siapa nak cakap dan mengadu .
Sedih yang perit .
Kau tak akan pernah rasa kerana kau punya orang untuk mengadu .
Aku ?
Tak punya siapa .
Juga tak punya kau .
Kesiannya aku kerana selama ini berpura pura senyum .
Kesiannya aku kerana selama ini menghindarkan diri dari masalah .
Kerana aku tak mahu kau juga terbeban dengan masalah aku .
Aku sedih .

Ya , aku rabak .

SIAPA MR. CHU ?

"Kau tak nampak bila aku menangis . Kau tak nampak bila aku berusaha.Tapi itu semua dulu.Sekarang aku dah senang.Tak perlu belajar lagi.Aku dah power mathematics." - Mr. Chu    (2012/2013)


Mr. Chu pensyarah kalkulus aku.
Setiap kali aku ada kelas calculus aku rasa bersemangat nak pergi.
Kerana lecturer aku.
Motivasi percuma dia yang aku tagih.
Jalan hidup dia yang aku letak sepenuh perhatian nak dengar.
Kerana dia umpama satu entiti yang sangat pelik namun berjaya buat aku tak ponteng kelas setakat ini.
Dalam hidup ini , siapa yang dilahirkan pandai ?
Siapa yang lahir-lahir dah tahu nak buat karangan bahasa melayu ?
Tiada.
"Semua dilahirkan bodoh." Mr. Chu
Aku teringat-ingat kata-kata Mr. Chu , umpama menyindir itu.
Walau beribu kali kau pergi kaunseling.
Walau beribu kali kau ikuti kursus motivasi membina diri , kursus motivasi cara-cara nak jawab matematik , kursus motivasi nak berjaya dan lain-lain.
Jika kau sendiri tak berubah , kau tak ke mana.
Kau boleh berjaya dalam segala bidang.
Cuma antara kau rajin atau malas , kata Mr. Chu aku.
Jangan juga percaya pada genetik .
Jika mak bapak kau pandai , itu bonus untuk kau.
Kau hanya tambah sikit usaha untuk berjaya.
Jika mak bapak kau tak pandai , kau usaha.
Ada jalannya nanti.
Jadikan segala yang menurunkan keyakinan kau sebagai satu semangat baru untuk berjuang.
Kerana dari situlah lahirnya sikap yang tak mahu kalah.
Mr. Chu - "Aku tak percaya takdir . Setiap apa aku buat . Aku buat bersungguh sungguh . Bila aku dah yakin baru aku doa sebelum jawab exam . Masa itu , Tuhan yang tolong aku."
Kadang-kadang aku memandang Mr. Chu sebagai orang islam dan melayu kerana dia tahu banyak pasal islam dan bahasa melayu itu sendiri.

Jika aku kenal kau , tak bermakna aku tahu semua pasal kau.
Begitu juga jika kau kenal aku , tak bermakna semua kau tahu pasal aku.
Banyak buku , banyak motivasi , banyak nasihat aku dengar dari pelbagai sudut.
Pokoknya diri aku sendiri.
Ya.
Aku sendiri.
Kerana dulu aku pernah gagal , tak bermakna nanti aku akan gagal.
Kerana dulu aku pernah jatuh , tak bermakna aku tak mampu bangkit.
Kerana dulu aku tak dikenali , tak bermakna selamanya macam itu .
Kerana dulu adalah pengajaran untuk aku.
Esok adalah sejarah baru aku.

"Kerana kita semua ada sejarah." -Mr. Chu(2013)

KERANA AMBIL BERAT

Assalamualaikum

"Hidup kau , itu kau punya pasal ."

Alangkah aku teringin nak cakap macam tu dengan semua .
Semua yang buat aku punya banyak rasa .
Namun aku tak mampu kerana apa ?
Kerana aku kesah atas hidup kau .
Aku kesah jika kau punya masalah dan perlukan pendengar .
Semua ini atas satu perkara .
Ya ,
SAYANG .
Kerana aku sayang kau .

Mungkin kau kawan , mungkin kau keluarga , mungkin kau seorang yang istimewa .
Tapi kerana rasa SAYANG itu , aku selalu gundah gulana .
Kerana aku ambil kesah .
Mungkin aku tidak pandai tunjuk aku ambil kesah .
Tapi percayalah .
Aku hanya nak yang baik baik sahaja .
Mungkin juga aku tarik muka .
Mungkin juga aku tinggi suara .
Mungkin juga aku menyindir .
Tapi maafkan aku .
Aku menyesalinya beberapa saat selepas itu .
Namun tiada tindakan untuk membetulkan keadaan .
Kerana apa , kerana aku kurang pandai menyerlahkan rasa itu .

Aku mungkin berharap terlalu tinggi punya orang sekeliling yang penyabar .
Salah aku mungkin .
Kerana tidak terhingga aku ambil kesah .
Sekelumit kesalahan mampu buat aku terluka .
Adakah aku patut buang rasa ambil kesah itu dalam diri ?
Alangkah bagus kalau aku mampu baca fikiran manusia .
Alangkah bagus kalau aku mampu buat perkara ini dekat orang yang mainkan perasaan aku .

"Lipat 14 dan tanam hidup hidup !"




INI YANG DINAMAKAN HIDUP


Aku umpama orang mengantuk disorongkan bantal ketika ini . Mengharapkan erti persahabatan selamanya tapi putus ditengah jalan .
Aku umpama orang bodoh ketika ini . Menangisi setiap bait kata yang kau ucapkan pada aku sebentar tadi .
Apa tidak layak untuk aku mendapat kawan umpama kau ?
Apa tidak layak untuk aku yang kekurangan dari segala benda meraih perhatian kau ?
Apa kau anggap hati aku ini umpama kertas kosong yang kau boleh lakarkan ?
Aku keliru . Keliru yang boleh buatkan aku benci kau selamanya .
Kenapa setelah dibuang baru kau katakan segalanya ?
Kenapa baru sekarang ?
Tempoh selama setahun ini tidak cukup ke untuk kau jelaskan segalanya ?
Mungkin betul cakap kau . Aku punya pandangan buruk atas erti persahabatan .
Mungkin akan kekal tanggapan itu .
Kepada engkau , aku mintak maaf .
Mungkin aku dan engkau dah besar untuk berfikir secara positif .
Tapi aku hanya mampu untuk benci kau andai ini yang mampu aku pujuk diri sendiri dari perkataan 'telah diperbodohkan' .
Hati kecil aku tak mampu tanggung melihat betapa bahagianya kau dengan orang lain .
Kerana dulu , kita umpama kau dengan mereka .
Aku harap aku tak jumpa kau lagi kerana itu yang terbaik .
Kenangan telah lama aku padamkan .
Itu yang buat aku teruskan hidup .
Kenangan kau dan aku tiada .
Maaf aku lemah .