INI YANG DINAMAKAN HIDUP

1/04/2013 05:11:00 PM


Aku umpama orang mengantuk disorongkan bantal ketika ini . Mengharapkan erti persahabatan selamanya tapi putus ditengah jalan .
Aku umpama orang bodoh ketika ini . Menangisi setiap bait kata yang kau ucapkan pada aku sebentar tadi .
Apa tidak layak untuk aku mendapat kawan umpama kau ?
Apa tidak layak untuk aku yang kekurangan dari segala benda meraih perhatian kau ?
Apa kau anggap hati aku ini umpama kertas kosong yang kau boleh lakarkan ?
Aku keliru . Keliru yang boleh buatkan aku benci kau selamanya .
Kenapa setelah dibuang baru kau katakan segalanya ?
Kenapa baru sekarang ?
Tempoh selama setahun ini tidak cukup ke untuk kau jelaskan segalanya ?
Mungkin betul cakap kau . Aku punya pandangan buruk atas erti persahabatan .
Mungkin akan kekal tanggapan itu .
Kepada engkau , aku mintak maaf .
Mungkin aku dan engkau dah besar untuk berfikir secara positif .
Tapi aku hanya mampu untuk benci kau andai ini yang mampu aku pujuk diri sendiri dari perkataan 'telah diperbodohkan' .
Hati kecil aku tak mampu tanggung melihat betapa bahagianya kau dengan orang lain .
Kerana dulu , kita umpama kau dengan mereka .
Aku harap aku tak jumpa kau lagi kerana itu yang terbaik .
Kenangan telah lama aku padamkan .
Itu yang buat aku teruskan hidup .
Kenangan kau dan aku tiada .
Maaf aku lemah .

You Might Also Like

0 comments