YEAH THIS IS FOR YOU.


The are reason for fighting in everything you did , is for yourself .
Yeah , for you .
YOU.

You would never know when you could achieve your dreams .
You would never know when you could fulfill your fantasy .
Pretend that you are dream catcher .
Does all the things you planned would go according to you plan ?

It all make sense when along your journey to achieve them .
You fail .
You frustrated .
You cry .
You cursed .
You blamed .
Because when YOU FALL .
At least that could make you better .

Don't lose hope .
Hope is everywhere .
With doa , tawakal and berusaha , Allah will guide you .
I've once lose my hope .

Allah show me the way .
Don't give up .
Once I'm a wild teenager .
But now I'm a dream catcher .

Believe it guys .
You can do it .
It is all depend on YOU .

AKU VERSI SENYAP LEBIH MENCABAR



Kau tak akan suka aku versi bising .
Apatah lagi aku versi senyap .
Jadi kau mahu aku jadi versi apa ?
Katakan .
Ubahlah aku kalau kau mampu .

Percaya atau tidak , aku dah cuba berubah .
Gagal .
Aku yang sekarang ni adalah aku .
Masih ramai manusia menerima kewujudan aku .

Mungkin kau cuma perlu kenal aku dari dalam .
Hati aku lembut .
Alang kerak nasi pun boleh lembut .
Apatah lagi hati yang Allah dah memang jadikan ia lembut .

Marilah kenal aku wahai kawan .
Aku mudah lentur kalau kenal cara .
Jangan belum cuba kata tidak .
Salah .



ORANG GUA


Berkata.
Bukan menyindir.
Kau ada hati ?
Kau ada perasaan ?
Kerat jari aku kalau kau kata tak ada.

Lebih elok kita jadi orang Melayu penuh budi bahasa.
Dari orang yang asalnya dalam buku sejarah tingkatan 4 , dari gua.
Respect bro.

KERANA AKU ANAK SULUNG

Aku anak sulung.
Orang bilang kalau anak sulung harapan tinggi untuk mak bapaknya.

Orang yang bilang.

Pada aku , aku takut kerana aku anak sulung.
Bila kau lahir ke dunia sebagai anak sulung.
Kau kene tabah.
Kau kene berdikari.
Kau kene jadi contoh.
Kau itu , kau ini.

Dugaan aku jadi anak sulung adalah:
Aku tak mampu mengadu segala susah dengan mak bapak.
Aku tak mampu menangis depan mak bapak.
Aku tak mampu lemah depan mak bapak.

Kerana aku tak mahu lihat setitik pun air mata mereka mengalir kerana aku
Kerana aku tak mahu mereka melihat aku sebagai seorang yang lemah untuk jaga adik adik.
Kerana aku tak mahu mereka susah hati melihat aku tak mampu berdikari.

Kerana anak sulung ego.
Ego yang tidak mampu dikikis.
Ego yang boleh membuatkan aku sembunyikan segala sedih dari mak bapak.

Bukan kerana aku tak mahu bercerita dan berkongsi dengan mereka.
Kerana mereka juga punya masalah sendiri.

Aku tahu akan ada yang tidak faham dengan cara aku.
Tapi itulah aku.
Anak sulung yang tak pernah cerita benda sedih dengan mak bapak.
Yang hanya tahu menangis ketika semua tidur , dibawah bantal dalam keadaan gelap.

SEKASAR KATA AKU . ITU AKU

Aku bukan nak cakap banyak.
Hanya satu dua perkara yang menganggu fikiran aku.
Perkara yang orang lain tak rasa sensetif.
Cuma aku yang rasa.

Aku pendam dalam hati orang yang layan aku dengan cara menghakimi aku.
Kau bukan sesiapa.
Kau juga bukan bermakna.
Hentikan perbuatan menghakimi orang.

Kerana aku sedih dan benci perasaan ditegur sebegitu.
Kerana dalam kasar aku , hanya yang tertentu nampak lembut aku.
Kerana dalam tegas aku , hanya yang tertentu nampak lemah aku.
Kerana dalam tabah aku ,  hanya yang tertentu nampak air mata aku.

Kau bukan sesiapa.
Kau cuma satu tahap dalam hidup yang aku tengah lalui sekarang.
Dan Ya Allah.
Jauhkanlah hati aku dengan orang yang cuma akan menjatuhkan aku di dunia ini.
Amin.