UNTUK SEGALA JENIS RASA


Tadi aku nampak dia .
Dia yang aku dah tinggalkan secara kejam beberapa tahun dulu .
Aku fikir aku akan nampak dia sekali .
Ternyata aku nampak dia dua kali .
Sungguh kebetulan .
Nasib aku baik .
Dia langsung tak nampak aku .
Kalau tidak kucar kacir jugak aku nak kawal emosi .

Bila aku tengok dia .
Segala jenis kenangan terkeluar dalam kepala aku .
Macam siaran tv .
Kerana kenangan itulah aku belajar kenal dunia .
Dunia yang kejam .
Dunia yang putar belit .
Dunia yang pentingkan diri sendiri .

Tapi itu semua aku jadikan tauladan .
Amboi kemain tauladan lagi ayat aku .

Kerana aku yakin setiap berakhir sesuatu .
Akan ada yang baru .
Yang mampu beri kesan positif untuk aku .
Yang mampu buat aku senyum .
Yang mampu buat aku kembali bernafas .
Terima kasih untuk segala pengajaran .
Pengalaman .
Kasih sayang .
Detik indah .

Untuk setiap manusia terindah yang pernah hadir dalam hidup aku .
Terima kasih .
Group hugs !
Eh .



Ok idea dah hilang .

JANGAN DEKAT . AKU SENSETIF



Lagi berapa hari , hari lahir aku .
Masuk kali ni kira dah 2 kali hari lahir aku , kita tak bertegur .
Lama .
Sesak dada aku fikirkan benda ni .
Aku dah tak percaya yang mengaku akan kekal dengan aku susah senang .
Kerana ....
Alaa .
Fikir sendiri dan faham faham jelah .

Suramnya rasa .
Kalau dulu kau yang selalu buat kejutan untuk aku .
Dan aku tahu yang aku memang ternanti nanti saat tu .
Sekarang jauh berbeza sama sekali .

Kerana rasa terluka itulah aku meletakkan dan mengubah diri seperti sekarang .
Aku mengubah perangai .
Aku mengubah rasa .
Aku mengubah fikiran dan pandangan .

Benda ni memberi kesan mendalam .
Nota yang panjang berjela kau tinggalkan dalam facebook buatkan aku sedih selalu .
Teringin benar aku nak balas tapi sampai sekarang aku tak mampu fikirkan ayat yang sesuai .
Yang pendek tapi padu .

Aku buat benteng di sekeliling diri aku .
Aku jadikan pengalaman kau dan aku mimpi ngeri dan aku tak mahu benda tu terjadi .
Kerana benteng yang terjadi antara kau dan aku , ramai yang terluka .
Terluka dengan perangai aku .
Terluka dengan percakapan aku .
Terluka dengan pemikiran aku .

Mungkin kata orang aku tak perlu menyalahkan engkau .
Semua itu pengajaran .
Buat rujukan .
Ambil iktibar .
Bla bla bla .
Cuma satu .
Mungkin ramai yang pernah rasa apa aku rasa .
Tapi aku tahu , rasa hati dan pemikiran orang berbeza .
Jangan hakimi aku .
Aku benci .



Oh jangan rapat dengan aku kalau dah merancang nak tinggalkan .

KEAMANAN DI HATI DAN CERITA 'SAMA SAMA'




Aku tahu perjumpaan antara aku dan kau tadi singkat sangat .
Aku tahu kau dan aku kekok dan kurang selesa .
Maaf .
Aku belum boleh nak berbual mesra dengan kau macam dulu .

Dulu kita rapat .
Tapi sebabkan satu hal itu kita tak memasal bertegang urat .
Kau tak nak mengalah .
Begitu juga aku .
Aku andaikan itu darah muda kita .
Lagi lagi naluri kita sebagai anak sulung yang punya ego tinggi .
Mana mungkin aku kalah dengan kau .

Maaflah aku tak reti bertegur sapa dengan kau semesra dulu .
Maaflah aku tak mampu pandang tepat ke muka kau macam dulu .
Maaflah jika kau cuba memulakan komunikasi dengan aku tapi layanannya hambar .
Maaflah jika kau sorang yang rasa nak betulkan keadaan .

Jujur aku kata .
Aku rindu kita semua yang rapat dulu wei .
Aku tengah cuba nak rapat balik dengan kau macam yang dia mintak .
Satu hari nanti kita akan rapat balik sampai boleh bergurau sakan .
Percayalah .

Macam kau tak tahu je aku ni pemalu nak mulakan sesuatu .
Hewhewhew .



Jadi marilah kita sama sama menjalinkan keamanan sejagat di hati kita .
Damn aku merepek lagi guna ayat sama sama .
Nampak sangat aku kekurangan idea .

PERNYATAAN MAUT DAN KURANG BIJAK



Sensetif betul hati aku malam ni .
Kerana sepotong ayat dari kau buatkan aku kecil dan jauh hati .

'Da gemuk kau sekarang haha'

Kita .
Ye , kau dan aku .
Tak bercakap melalui medium komunikasi selama bertahun .
Tak kiralah kita bercakap secara bersua muka atau laman sosial .
Lagi pun selepas habis sekolah kita tak pernah jumpa .

Sepanjang tempoh masa tu .
Apa yang kau harap pada luaran aku ?
Semakin meninggi ?
Semakin kurus ?
Apa kau ingat aku tak perlu makan nasi ?
Apa kau ingat aku makan pasir yang tak perlu untuk aku jadi gemuk ?
Tolonglah .

Lepas bertahun tak bercakap , itu yang kau perlu suarakan ?
Dude GET A LIFE !

Berlambak soalan yang mampu kau tanya selain itu .
Ye aku memang sensetif .
Sensetif aku tahap tinggi .
Kerana apa ?
Kerana kita tak rapat macam dulu .
Kerana kita dah lama tak berborak .
Dan ayat itu bukanlah satu permulaan baik untuk kau tegur perempuan .
Kita tak rapat lagi .
Jangan acah acah nak bergurau rapat dengan aku .
Kerana aku yang 3 tahun lepas berbeza dengan aku yang sekarang .


Oh garangnya post malam ni .
Ampun :)

LET'S KEEP IT REAL AND SIMPLE



Aku punya banyak personaliti dan perangai .
Perangai dengan keluarga .
Perangai dengan kawan baik .
Perangai dengan kawan .
Perangai dengan teman tapi mesra .
Perangai dengan musuh .
Perangai dengan orang asing .
Semua lain .
Bukan talam dua , tiga muka ok .
Choyyy fikir gitu .
Senang cerita perangai itu biarlah ikut keadaan .

Mula nak kenal pastikan kau buat aku selesa .
Buatkan rasa kekok aku hilang .
Buatkan aku mampu cerita segala rasa ke engkau .
Buatkan aku mampu percaya engkau .

Aku suka guna ayat 'oi' , 'woi' mengikut keadaan .
Contohnya 'woi buat apa ?' .
Kau rasa kasar tak kalau guna ayat tu dekat orang tak rapat ?
Bagi aku kasar dan tak sampai hati nak cakap .

Untuk orang yang tak kenal mesej bagai dengan aku .
'Siapa ?' .
Itu ayat yang aku tanya .
Pendek dan ringkas dan padat .
Nampak sangat dinginnya dekat situ .

Aku juga bukan jenis macam dulu .
Semua nak tegur .
Tepi jalan pun tegur .
Sekarang ni aku tunggu orang tegur .
Kerana aku malu sebenarnya .
Sebab tu aku lebih pilih tunduk bila berjalan .
Sebab tu juga ramai fikir aku sombong .

Aku pun takut nak rapat dengan orang .
Perangai aku bukanlah semua boleh terima .
Dahlah suka cakap pelik pelik.
Suka cakap isi hati memalam buta .
Suka marah tak tentu pasal .
Suka membebel .
Suka cakap orang putih .
Suka syak bukan bukan .
Suka mencarut dalam hati .
Suka perhatian walaupun dari kawan sendiri .
Suka perli .
Suka perasan .
Kau ingat ramai boleh terima ke ?

Sebab tu hanya yang aku selesa , aku boleh gila gila .
Gila yang kita boleh sama sekepala .
Gila yang kau boleh selesa .
Aku berkali ganda boleh selesa .


Jom kita selesa sama sama .
Sh*t ! apa aku merapu nak selesa sama sama .

PSST .. BE STRONG



Kata orang , orang yang kuat nangis ni cengeng , gembeng .
Aku tak tahu pulak dari mana datangnya ayat tu .

Lupakan ayat tu .

Oh percaya tak pada ayat ni ?
'Jangan suka sangat , nanti menangis' .
Ok siapa buat ayat ni ?
Aku marah ni .

Aku marah sebab betul .
Sebab sangat betul .

Semalam aku suka sangat .
Keluar berjalan , berjimba .
Telefon orang ketawa ketawa .
Semua benda rasa kelakar .

Hari ni tengok gambar adik .
Gambar atok tiba tiba menitis air mata .
Oh baru aku tahu aku rindu dorang .
Rindu yang pilu .

Aku ni kalau rindu memang tak akan bagi tahu dekat orang tu .
Aku simpan sorang sorang .
Kenapa aku simpan sorang sorang ?
Sebab aku cool .

Dan raya kali ni tak ada tempat nak tuju .
Dah tak ada sorang pun atok .
Atok dah menghadap Illahi .
Rasa kekok .
Rasa janggal .
Nak beraya dekat mana kali ni ?


*aku taip entry ni banyak kali padam .
aku tahu entry ni tak ada hala tuju .
sebab hati aku tika ini tak ada hala tuju juga .

KEMBALIKAN MASA TIDUR AKU WOI




TIDUR .
REHAT .

2 benda je aku perlu sekarang .
Oh lupa .
Makan .

Dalam masa kurang 48 jam .
Aku cuma tidur  6 atau 7 jam .
Ok aku panggil benda ni GILA .
Aku tak pernah buat kerja gila macam ni .

Dulu waktu tidur kawal aku .
Sekarang terbalik .
Aku tak pasti keadaan ni normal atau tak .
Bila aku dah berazam , semua boleh .

Nak cerita pasal final , bosan .
Tapi sebab final aku macam ni .
Salah aku tak sedia awal .
Tapi paper dekat dekat .

Dafuqqqqqq !
Cutilah cepat .