DECISION MAKING IN PROGRESS




Ini untuk semua yang tidak dapat buat keputusan .
Semua yang pernah rasa tersepit .
Semua yang pernah rasa lemas .
Semua yang pernah jatuh , kecundang , kecewa bagai .
Dan semua yang pernah rasa menyesal dengan keputusan tu .

Apa apa pun .
Kau akan tetap mara ke hadapan dalam hidup .
Berada di takuk lama bukanlah satu kemajuan .
Meratap , menangis , terkenang .
Juga bukan satu cabaran jika kau masih seperti dulu .

Untuk engkau .
Silalah risau dengan masa hadapan sendiri .
Mungkin kesannya tak nampak sekarang .
Tapi akan datang tentu akan menyusahkan kau .

Sama ada keputusan yang kau buat itu besar atau kecil .
Percayalah .
Semua akan ada hikmah .



Tonight .
Why so serious ?
Tralalala .

AKU COOL




Setiap orang ada masa silam .
Sama ada masa silam yang kau mengaku kau siapkan kerja sekolah walaupun meniru .
Masa silam yang kau puasa penuh sebab dapat upah .
Atau masa silam yang kau curi selipar dekat surau .

Jenis aku .
Aku tak kisah nak berkongsi cerita dulu dulu .
Baik cerita buruk atau elok .
Kerana pengalaman orang lain lain .
Kerana dari situ aku dapat belajar sesuatu dari kau .
Atau kau mungkin dapat belajar sesuatu dari aku .

Cuma satu .
Jangan cerita balik dengan aku cerita kurang baik aku .
Aku tak gemar .
Apa guna ingat benda sesedih ?
Tak cool .
Senang cerita .
Aku akan mula mencarut dalam hati .

Apa aku dah cerita dulu .
Kau diamkan je .
Mana yang perlu ingat dan ambil iktibar , ikutlah .
Mana yang kosong , buang dari minda kau .
Kalau tidak pun , kau jangan ingatkan aku pasal cerita lama lama .

Kali ini aku akan buat tak peduli .
Lagipun otak aku cepat lupa .
Haaa lawak~



Eh dah pukul 1 pagi .
Ok loser gila apa aku cuba sampaikan dekat atas .
Tak apa .
Aku cool hewhewhew

OTAK AKU SAYANG AKU



Otak aku memang tahu nak senangkan kerja aku .
Muah .
Kebelakangan ni banyak benda aku dah lupa .
Termasuk muka orang yang aku pernah jumpa beberapa tahun lepas .
Dahsyat .
Kalau muka orang pun aku boleh lupa .
Apatah lagi segala jenis perbualan yang tak penting antara aku dan kau .

Kadang kadang aku suka keadaan ini .
Tak perlulah aku terbelenggu dengan isu tak penting .
Tak perlulah aku sibuk nak urus perasaan yang sedih .
Tak perlulah aku memanjang berduka lara .

Tapi ada juga yang tak suka aku cepat lupa .
Nanti dia orang kena bersungguh sungguh ingatkan aku .
Maaflah .
Otak aku mungkin berfungsi secara automatik .
Berfungsi untuk membezakan yang penting dan tidak .
Mana yang tidak secara automatik juga aku akan lupa perkara tu .

Aku senang dengan cara ini .
Aku sangat suka .
Otak aku tak macam perempuan lain .
Aku suka .

Mana yang aku lupa lepas ni .
Maaf lagi sekali .
Sebab dalam kepala aku mungkin cuma ada
IKAN JERUNG .



Ok aku tipu pasal ikan jerung tu .

UNTUK INSAN YANG UMPAMA PELITA


20 tahun aku bernafas .
50 tahun dia bernafas .
30 tahun beza aku dan dia .
Perbezaan yang ketara .

Sepanjang 20 tahun aku hidup .
Dia yang masak .
Dia yang basuh baju .
Dia yang ingatkan pasal sembahyang .
Terima kasih cinta hati .

Ya aku akui , aku bukanlah anak yang sentiasa ikut apa yang dia cakap .
Melawan .
Cakap dalam hati .
Tak bertegur siapa .
Aku pernah buat .
Aku tahu ramai yang pernah buat .
Untuk itu aku mintak maaf .
Aku manusia yang tahap sabarnya terbatas .

Dia yang penyayang .
Dia yang kuat membebel .
Dia yang tabah .
Dia yang pemarah .
Dia yang penuh dengan disiplin .
Dia yang suka kejut bangun pagi secara jerit jerit .
Dia yang dah mula sporting .
Dia yang punya masakan sedap .
Dia yang suka buat karipap .
Dia yang kuat tidur .
Dia yang rajin mengaji .
Dialah puan besar dirumah kecil ini .
Kami sekeluarga am nya .
Dan aku khas nya .
Nak sampaikan satu saja pesan .
Teruslah sihat untuk sentiasa menerangi hidup kami .
We love ya   :*

Untuk insan yang aku tumpang rahim sebelum lahir ke dunia .
You rock my world .



Ok berapa kali lap air mata taip entry ni   :(

MALAM MENDEBARKAN



Dari lepas tarikh akhir paper final aku .
Aku tak ingin langsung tahu apa keputusan semester ini .
Yang aku tahu , aku dah bagi yang terbaik .
Walaupun aku bagi yang terbaik pada saat akhir .
Aku kesah apa .
Yang penting Allah dah kata janji usaha .
Ganjarannya datang kemudian .

Tapi sekarang ni dah dekat sangat dengan tarikh keputusan tu .
Aku jadi makin teruja .
Teruja nak tahu apa keputusan aku .
Baik atau sebaliknya .

Aku tahu walau apa pun keputusannya .
Segalanya ditentukan dengan sikap main main aku semester lepas .
Sikap kaki berangan aku semester lepas .
Sikap kaki jalan aku semester lepas .
Sikap kaki makan aku semester lepas .
Semua tu diambil kira .
Lepas tolak tambah segala hal .
Allah akan bagi aku dengan keputusan yang setimpal .
Setimpal dengan apa aku dah buat .
Jadi aku sebagai manusia kene redho .
Ya redho .
Oh REDHA .

Tapi bila keputusan tak berapa memberangsangkan .
Kemain memberangsangkan bagai .
Hati aku tentu terluka dan kecewa .
Aku pasti itu .
Tapi itulah masa aku nak didik hati ni supaya lebih sabar .
Ada hikmah .
Bla bla bla *kata kata semangat untuk diri sendiri* .

Aku percaya .
Satu hari nanti aku akan berjaya atas dunia ni .
Jalan aku dah ditentukan .
Yang terbaik itu pasti ada .
Aku kene pandai mencorak hidup .
Tidak selamanya aku dibawah .

Tapi bila keputusan aku memuaskan .
Aku kene didik hati aku supaya jangan membongkak .
Jangan rasa itulah selamanya yang akan kekal .
Kepandaian itu Allah yang punya .
Janganlah aku jalan mendonggak langit kerana .
Aku tahu aku bukan selamanya diatas .

Ini renungan untuk aku .
Ingatan untuk aku .
Terutamanya aku .
Kalau kau rasa terkesan .
Syukur .

Lagi berapa jam .
Penentu .
Wahai hati .
Redho .
Chill .



Its not like the world is ending yawww .
Ok ayat tu nak sedapkan hati :(

ANDA MELAYAN ATAU PERAMAH ?



Tadi aku dah pekena air kafein .
Jadi malam ni lambatlah waktu tidur aku .
Disebabkan lambat tidur .
Otak aku akan berfikir diluar norma manusia normal pada waktu ini .
Ya waktu sekarang adalah 3.27 pagi .

Jadi apa yang mengganggu fikiran aku pagi ni ?
Ini dia .
Sila terangkan apa beza melayan dan peramah ?
Serius aku tak boleh fikir apa beza dua benda ni .

Tapi aku tak gemar orang panggil aku 'suka melayan' .
Bunyi macam tak hormat aku .
Mungkin pada sesetangah orang 'melayan' tu tak bawak makna untuk dia .
Tapi untuk aku , ya .
Ia bawa makna .

Tapi itu pendapat masing masing .
Pendapat aku macam gitu .
Sila jangan kutuk .
Aku tahu fikiran aku kolot .
Apa aku kesah .
Lalalala .
Oh jangan lupa tinggalkan pendapat .
Penat dah fikir sedari tadi .
Amek kau 'sedari' bagai .

Kesan kafein dah hilang .
Otak pun dah tak mampu berfungsi dengan ligat .
Selamat malam kesayangan , kebenciaan , kepura puraan .



Apasal aku ucap selamat malam pulak ni .
Lol

IDEA , FLY AWAY



Terima kasih untuk saat indah .
Setahun hanya sekali .
Terima kasih untuk semua doa .
Jemputan untuk join kelab 20 tahun kau orang .
Ucapan .
Perli .
Terima kasih .
Aku terima dengan hati yang punya berjenis perasaan .
You guys rock !

Aku nak cerita mengenai hari ini .
Hari yang setiap orang nantikan dalam setahun .
Hari ini tak ada apa berlaku .
Tak banyak .

Aku pun tak mengharap banyak .
Cuma ada satu je .
Aku nak rumah banglo .
Ok tipu .

Semoga angka ini kekal saat ni .
Tak nak tua .
Ok aku merepek lagi .

Semoga aku lebih matang .
Semoga aku lebih cool .
Semoga aku lebih manis .



Wish untuk diri sendiri ?
pffft .
Ok sila panggil itu azam .