OTAK TAK BEKERJASAMA DENGAN HATI




Aku berfikir banyak kali ni .
Semua idea bernas hilang .
Semua deria rasa positif hilang .
Senang cerita , semua .

Bila aku dah mula berfikir .
Hebatnya jangan dikata .
Sampaikan apa aku fikir pun aku tak tahu .
Hambar .





Nak tunggu idea datang .
Macam nak tunggu orang derma sejuta dekat aku .

ENTRY SERIUS , BUKAN MAIN MAIN




Misai dah beruban .
Punya perut buncit sikit .
Tak punya ketinggian ala ala model .
Juga tak punya kulit putih pucat macam aku .
Itulah abah aku .

Kalau yang ego itu dia .
Aku juga ada ego diwarisi dari dia .
Kalau yang kuat makan itu dia .
Aku juga ada nafsu kuat makan yang diwarisi dari dia .
Itulah abah aku .

Tapi tulang empat kerat dialah aku dapat semua .
Makan .
Pakaian .
Tempat tinggal .
Duit .
Dan kasih sayang yang cool .

Untuk semua yang dia dah curahkan selama 51 tahun ini .
Terima kasih tak terhingga aku ucapkan untuk sepanjang hayat aku .
Dia lebih daripada seorang hero .
Dia adalah dia .
Yang tak sempurna .
Yang banyak kekurangan .
Namun tetap menjadi yang terbaik .
Tetap membuat aku kagum .
Dan yang buat aku menangis senyap senyap kerana kagum dengan sikap tabah dia .

Teruslah tabah .
Teruslah sihat .
Teruslah cool .
Dan teruslah menjadi abah yang satu untuk keluarga tercinta .
Doa sentiasa mengiringi segalanya .

I love you .
I owe you everything .




Lap air mata .
Hati tisu :(

AKU MULA RINDU



Lepas mandi mulalah mengantuk .
Pusing kiri salah .
Pusing kanan salah .
Aku syak aku rindu kau .
Hm .

Kenapa aku rasa macam ni sekarang ?
Kenapa baru sekarang ?

Aku dah lama tak rasa rindu dekat orang .
Aku jadi kucar kacir nak kawal perasaan ni .
Tak tahu nak luahkan .
Tak tahu nak sorokkan .
Tak tahu nak buangkan .
Mengganggu betul .

Lagi parah .
Rindu tak boleh bagi tahu .
Apa aku patut buat ?
Cepatlah pergi perasaan yang indah tapi menyiksakan ni .

Kalau dia tahu aku jujur rindu .
Kucar kacir juga dia nak menerimanya .
Masalah .
Trouble .
Eh .
Lupakan .




Kali ini bilik aku diserang kucing jantan .
Kucing itu sukakan kasut comel aku .

EVERY END IS A NEW BEGINNING



Sekarang ni tengah demam semester baru .
Demam nak mula belajar .
Aku tahu ada yang semangat .
Contohnya aku .
Dan aku tahu ada yang tak semangat .
Contohnya aku juga .

Semester ni akan jadi yang terakhir .
InsyaAllah .
Aku nak cipta memori .
Aku juga nak cipta sejarah .
Bukan untuk buku sejarah tingkatan 4.
Choyy .
Aku nak cipta kenangan yang aku boleh senyum meleret bila dah tua .
Kenangan yang aku boleh cerita dekat siapa siapa .
Kerana semua yang aku akan lalui cuma sekali seumur hidup .

Kata orang semester akhir ni susah .
Kata oranglah .
Tak apa .
Tabah dan redho .
Walau teruk mana pun pengakhiran cerita aku dekat sini .
Aku tau .
Akan berbaloi .

Aku dah hias meja belajar cantik cantik .
Warna pink .
Siap ada pokok .
Biar mood belajar selalu ada .




Ok terpaksa berhenti .
Ada rama rama mengganas !

IDAMAN YANG TIDAK MAHU KALAH



Malam ni aku berangan .
Berangan serupa orang punya duit berkepok kepok dalam bank .
Berangan aku nak mengelilingi dunia .
Tak salah berangan .
Mana tahu jadi kenyataan .
Manalah tahu .

Aku teringin nak travel dengan Hajar .
Ye hajar jamaluddin .
Walaupun dia kadang kadang menjengkelkan .
Tapi aku senang bekerjasama dengan dia .
Lagipun dia merupakan perancang bajet yang profesional .
Dan aku merupakan tukang habis duit yang profesional .
Bukankah aku dan hajar satu kombinasi yang bijak ?
Bukan ?
Ah lantaklah apa kau semua fikir .

Jadi apa aku berangankan malam ni ?
Aku nak melancong dengan hajar .
Destinasi yang aku fikirkan dalam masa terdekat adalah ..
Genting atau Cameron .
Kenapa ?
Sebab aku suka tempat sejuk .
Hajar suka ke tak ?
Aku tak kesah .
Kerana ni apa yang aku berangankan .
Amboi tegasnya .

Tapi aku akan jadi orang paling bahagia kalau apa aku rancang menjadi .
Benda penting nak travel ni adalah duit .
Kereta .
Passport .

Aku ni kaki jalan .

Mana nak dapat duit ?
Rompak mak abah masing masing .
Ok kerja gila .




Hajar jom jalan .
Serious talk .