FASA PEMIKIRAN OTAK

8/25/2013 12:51:00 AM



Zaman kanak-kanak aku dulu .
Zaman hingus meleleh tak reti lap senang cerita .
Mak dengan abah tanya nak jadi apa dah besar nanti .
Dengan konfident gila tanpa sesaat pun ragu-ragu .
Aku jawab , aku nak jadi --
IKAN PAUS .

Ya , ikan paus .
Silalah gelak guling-guling .

Zaman aku pakai kain sekolah biru gelap .
Zaman aku masih kencing dalam kain sebab takut nak pergi tandas .
Cikgu tanya nak jadi apa dah besar nanti .
Dengan konfident memerhati keadaan sekeliling waktu tu .
Aku pun jawab nak jadi .
CIKGU atau DOKTOR atau LAWYER .

Ya , aku tahu cita-cita tipikal budak-budak waktu tu .
Silalah gelak guling guling .
Tapi kita jawab macam tu kerana --
Kita lihat orang yang paling dekat dengan kita .
Cikgu salah satunya .
Doktor dengan lawyer tu kadang kadang kau tiru kawan kau .
Kalau tidak pun mak abah kau suruh kau jadi tu --

Zaman aku pakai kain biru cair .
Zaman kau dah rasa macam senior .
Masih ada lagi cikgu tanya aku nak jadi apa bila besar nanti .
Dengan berfikir sejenak dan tarik nafas dalam-dalam .
Aku pun jawab , aku nak jadi --
PENSYARAH atau ARKITEK .

Kali ni aku rasa dah tak perlu gelak .
Masa ni aku dah mula nak jadi apa aku minat .

Akhir sekali .
Zaman universiti ni .
Pensyarah aku tanya nak jadi apa lepas habis belajar .
Dengan hampa selepas berfikir panjang .
Aku pun jawab , aku --
TAK TAHU NAK JADI APA .

This is the true story .
Makin aku meninggi --
Makin aku tak tahu mana aku nak tuju .

Orang kata buat benda yang kita minat .
Tapi apa yang aku minat sekarang dah tersasar jauh .
Jauh dari apa yang aku tengah belajar sekarang .
Apa aku patut buat masa degree nanti ?

Sambung apa yang aku tengah belajar sekarang ?
Atau buat haluan baru ?
Bila dah tiba masanya nanti --
Aku akan muncul dengan satu jawapan masa depan .
Sabar .

Cita-cita dan minat memang selalunya seiring .
Takdir je kadang-kadang buat kita punya laluan lain .
Macam aku sekarang ni .
Budak sains komputer .
Cita-cita arkitek atau pereka hiasan dalaman rumah .
Hambar .



Maaf kalau entry aku macam tergantung .
Tak dapat nak fikir dengan sempurna .

You Might Also Like

0 comments