AKU CERITA PASAL KETENANGAN



Aku nak hidup tenang .
Dikelilingi orang yang menenangkan hati .
Dikelilingi makanan yang menenangkan perut .
Dan dikelilingi unsur-unsur yang menenangkan .

Jadi untuk mendapat ketenangan yang aku idamkan --
Aku putuskan untuk --
Sekali lagi persetankan segala rasa orang .
Aku dah malas nak jaga hati orang .
Aku nak jadi orang yang pentingkan diri sendiri .
Kerana setiap kali aku ambil berat --
Aku kecewa .
Aku sedih .

Kerana untuk setiap kali aku kecewa --
Aku kucar kacir nak urus hati .
Kau tahu penat tahan kecewa ?
Rasanya macam celaka .
Kau tak boleh kasi tahu dia .
Kau simpan diam-diam dalam sudut hati --
Dengan harapan kecewa tu padam sendiri .
Padahal tidak .

Hidup ini adalah kita sendiri .
Yang tak akan kecewakan diri kita --
Adalah kita sendiri .
Yang tak akan buat kita sakit --
Adalah kita sendiri .
Kerana walau penting macam mana pun seseorang itu --
Kalau dia kasi bahu dia waktu kau sedih --
Dia mampu tarik bahu tu .
Kalau dia kasi nasihat guna mulut dia --
Dengan mulut tu juga dia mampu maki .
Kalau dia boleh cipta memori indah dengan kita --
Tak mustahil dia juga boleh cipta memori luka dengan kita .
Dia tetap akan palingkan badan dia kalau terdesak .
Dia tetap setankan rasa kita kalau terdesak .
Malah dia sanggup buat palat dengan kita kalau terdesak .

Ironi bukan ?

Jadi untuk lepas ni --
Aku yang pilih siapa patut ada dalam hidup aku .
Orang yang kasi ketenangan .
Orang yang positif .
Orang yang kasi aku kasih sayang .
Orang yang kasi aku makan .
Orang yang terima aku apa adanya .
Dan orang yang kasi aku duit .

Ya aku tahu fikiran aku logik .
Aku kan power .

Aku belajar dari kesilapan sendiri .
Kerana aku bodoh sebelum ini .
Jadi aku catit sini untuk ingatan aku .
Untuk kau yang baca juga --
Kalau mahu .

Yes --
I've changed .
Pain does that to me .





"Life's too short to stress over people who don't deserve to be an issue."

TAK GEMAR PERUBAHAN



Semalam bukan main mesra .
Hari ni dingin macam celaka .
Kau kenapa ?
Aku bukan ahli nujum boleh teka apa kau rasa esok lusa --
Apa yang kau fikir esok lusa .
Aku syak ahli nujum pun tak mampu teka .

Aku masih tak boleh hadam kenapa orang berubah --
Dalam tempoh semalam dan hari ni .

Untuk orang yang macam aku . 
Yang jenis perasan setiap perkara kecil --
Yang jenis punya pemikiran tak semudah mana --
Aku penat juga nak fikir kenapa kau dah macam tu?
Dan bukan macam ni ?
Penat bukan main-main .

Baru aku faham kenapa kebanyakkan orang selalu cakap --
'Aku rindu dia yang dulu' .
Tak pernah pulak ada orang yang cakap --
'Aku rindu dia yang akan datang' .

Setiap kali berubah --
Kau bawa kebaikkan untuk diri kau .
Tapi kau bawa kecewa untuk orang lain .
Oh --
Baru aku faham .

Rasanya kali ni pun aku bodoh .
Bodoh fikir orang akan sama sentiasa .
Bodoh fikir aku boleh berlagak selamba bila dah kecewa .
Bodoh sebab aku sedar aku masih ditakuk lama .
Tak apalah --
Paling cikai pun aku kata diri sendiri yang tak bijak mana .

Lepas ni siapa-siapa rasa nak berubah dengan aku --
Jujur je .
Tahulah aku nak urus rasa lepas tu .
Aku tahu aku tak adalah lemah mana .
Aku masih boleh cool .

Jadi tak kisahlah kau rasa apa --
Fikir apa --
Untuk esok .
Kerana bagi aku --
Tu cuma perasaan hari ni .

Last .
Jangan salah ertikan perhatian orang beri .
Kau kasi impak yang besar dekat diri dia .





Aku berubah lagi dahsyat .
Percayalah . 

CINTA DAN HARAPAN



Siapa yang tak pernah pasang harapan ?
Kasi tahu aku .
Kalau ada dia tipu .

Aku nak cerita pasal harapan dan cinta .
Bukan kisah cinta aku , choyy .
Cinta orang lain .

Bagi aku --
Bila bercinta , kau akan automatik pasang harapan .
Harapan akan buat kau punya dua pengakhiran --
Bahagia --
Atau kecewa .
Tak ada diantara .

Yang pengakhiran bahagia tu tahniah .

Yang pengakhiran kecewa tu --
Aku turut bersedih .
Tapi terus bersedih dan mengharap dia kembali --
Bukanlah satu keputusan yang bagus .
Kau yang corak hidup kau .
Kau yang tentukan esok kau masih berenang dalam air mata kau sendiri --
Atau kau melompat gembira dalam taman bunga .
Ok cliche .
Tapi itulah kebenaran .

Mungkin aku tak faham jenis perasaan yang mendalam macam kau --
Tapi tak pernah ke kau terfikir ada benda baik yang tunggu kau --
Kalau kau lepaskan benda yang sedih sekarang ?
Benda yang berkali ganda bahagia mungkin .

Jangan takut nak lepaskan cinta lama kau .
Carilah cinta baru --
Pasanglah harapan baru --
Moga kau bahagia selalu .

If you don't like where you are right now --
Move on .
You're not a tree .




Nasib baik saya bukan pokok .

NAK BALING TOPI KONVO TAK LAMA LAGI



I don't know if all the hard work paid off .
But I know Allah has make my life more interesting .
More adventure and more lesson than I should get .
Again I said --
It's not the end .

Apa aku punya hari ni --
Mungkin bukan kepunyaan aku esok .
Apa aku rasa hari ni --
Mungkin aku tak rasa esok .

Jadi untuk tidak runsingkan fikiran --
Aku sentiasa tak ada rancangan untuk hari esok .
Bila bangun pagi esok hari baru aku rancang nak buat apa .
Aku tau cara pemikiran aku kreatif .

But for all the feeling I've got tonight --
I'm about to embark a new journey .
Journey to the future .

Aku tak risau sangat dengan apa akan datang .
Risau macam mana sekali pun --
Aku tak mampu buat apa .
Yang tinggal cumalah risau .
Kau fahamkan ?

I believe there is something amazing waiting for me .
And for you too .
You just have to believe .






Dan untuk semua yang kasi memori dan sesuatu --
Sepanjang dekat segamat .
Group hug !