HIDUP-KETAWA-CINTA




2014

Jadinya apa perlu dicatit disini ya ?
Nak diikutkan banyak .

Yang penting --
Tapi aku tak akan kuburkan segala memori tahun 2014 .
Tidak kiralah memori suka atau duka .
Itukan pengalaman .
Pengalaman jadikan aku --
Aku yang sekarang .
Pengalaman itulah pelajaran bermakna sepanjang hidup aku .

Terima kasih untuk semua yang masih ada sehingga hujung 2014 ini .
Berada dikeliling aku pastinya susah kadang-kadang .
Aku tahu itu .
Tapi untuk terus ada dengan aku sampai detik ini --
Kau pastinya seorang yang cool seperti aku .
Lalalalalala
Untuk itu terima kasih orang-orang yang cool .


2015

Satu fasa kematangan menanti .
Semakin meningkat usia .
Semakin perlu dewasa .
Semakin banyak tanggungjawab .
Semakin perlu fikir untuk masa hadapan .
Dan --
Aku sesuai ke untuk lalui itu ?

Cerita sesuai atau tidak --
Tolak belakang .
Kerana mana ada yang hidup mundur kebelakang .
Mahu atau tidak --
Aku pasti akan tempuh .
Seperti tahun-tahun sudah .
Mencipta memori untuk dikenang .
Merangka perjalanan penuh corak warna yang aku palitkan sendiri .

Niat hati kecil aku tak mintak banyak .
Cuma aku akan lebih berhati-hati untuk benarkan seseorang masuk hidup aku .
Aku perlukan orang yang positif .
Aku perlukan orang yang kasi aku makan .
Aku perlukan orang yang kasi aku ketenangan .
Dan beberapa ciri lagi yang aku malas nak taip .
Logikkan apa aku fikir .
Aku tahu .
Sebab aku kan power dan cool .
Dan bijak urus rasa .

Harapnya 2015 menjanjikan rock .
Dan cinta suci murni luhur dari hati sanubari abadi mungkin .
Okay dah itu je .

Oh dan --
Terima kasih sebab masih baca blog aku .
Walaupun makin jarang update --
Dan semakin hambar --
Serta dipenuhi cerita sedih dan marah semata .
Lantak .

Itu kan feel .

Okay habis .





Kali ini cerita tak sedih atau marah .kbaiii

TAK PECAH TAPI BENGKOK




Pernah rasa apa kau nak cakap semua tersekat dekat kerongkong ?
Pernah rasa satu benda dekat hati tak lepas dekat mulut ?
Aku tahu kau pernah rasa .
Sebabnya semua manusia punya rasa .
Rasa sayang .
Rasa melindungi .
Dan --
Rasa takut kehilangan .

Sedang aku sibuk nak menyenangkan orang lain --
Baru aku sedar yang --
Seringkali aku yang terluka .
Seringkali hati aku terabai .
Seringkali keinginan dan harapan sendiri berkecai .

Dah nama aku sayang --
Dah nama aku ambil peduli --
Dan nama aku nak menjaga hati --
Akhirnya --
Aku benam sedalam-dalamnya dalam hati keinginan sendiri .
Sanggup .

Ini hakikat manusia-manusia aku jumpa lewat 20-an ini .
Makin bertambah bilangan angka umur aku .
Semakin jauh aku dari diri aku .
Semata-mata untuk penuhi kepuasan pandangan mata dan hati --
Manusia sekeliling .

Tapi sejauh mana aku kesah pun pasal hati kau --
Aku lagi sayangkan perasaan aku sendiri .
Sebab dah banyak kali kecewa --
Patah hati --
Kena tipu --
Aku latih diri urus rasa sendiri .
Dan kesudahannya aku buat sesuka hati aku .
Sebab aku memang tak akan kesah apa kau rasa .
Kecuali kau memang bermakna .

Ya aku degil .
Tapi aku manis .
Lalalalalalalala





goals : be happy .

HARI-HARI KITA




Babe --
Hari-hari boleh sahaja kalau nak gaduh panjang .
Hari-hari boleh sahaja kalau kau nak menang .
Hari-hari boleh sahaja kalau kau nak ajak sembang panjang .
Kerana --
Aku ada sahaja hari-hari tak akan hilang .

Yang aku tahu --
Pada setiap hujung hari-hari kita yang padu itu --
Kau juga yang aku perlu --
Aku juga yang kau perlu --
Untuk pastikan kita berdua ada untuk setiap satu .

Tapi aku baru terfikir nak ke tahap lagi satu .
Dengan kaulah maksud aku .
Kau mahu ?

KENA JAGA HATI KAU KE ?



Ulangkali aku kata --
Aku tak sukakan perubahan .
Tolonglah faham .
Aku susah nak terima .
Aku susah nak serasikan dengan diri .
Tapi aku masih dapat kesan kalau-kalau ada yang layan aku lain .
Aku sangat peka tentang itu .
 
Realiti hari ini aku sedar --
Aku masih ditakuk lama .
Aku sibuk membayangkan apa akan jadi esok --
Kalau aku masih ada kau semua --
Yang aku ada hari ini .
Mesti dan pasti indah .
Itu bayangan aku .

Padahal aku salah sama sekali .
Aku ditampar realiti hidup .
Aku hanyalah rindukan semalam .
Aku terperangkap pada hari ini .
Dimana aku takut nak hadapi esok .
Esok yang mungkin kau semua tiada .
Esok yang mungkin kau adalah asing bagi aku --
Sampaikan aku memilih ayat untuk berinteraksi dengan kau .
Iyalah --
Takut-takut kau tak selesa .
Takut-takut aku ter-over berangannya .

Aku dah penat .
Penat jaga hati orang .
Kononnya aku ini tak faham orang .
Tapi hati aku macam mana ?
Oh lupa --
Kau rasa aku mana ada hati .
Sebab itu kau tak perlu faham aku kan ?
Got it .

Tak apalah --
Hal aku --
Aku urus sendiri .
Sebab aku kan power .
Paling power bab urus rasa .
Tak macam kau --
Kiri kanan orang kena jaga hati kau .
Ya aku tengah perli kau .
Sebab kau tak power macam aku .
Hehhhh .





Agaknya bila aku tak ada , apa kau rasa ek ?

KECEWA SENDIRI




Dari kecil aku ada mak abah yang sabar .
Permintaan aku itu ini --
Perlahan-lahan mak abah tunaikan .
Walaupun aku tak dapat saat itu juga --
Aku tahu --
Aku akan pasti dapat benda itu kelak .
Mungkin kedengaran macam budak kaki merengek .
Terpulanglah nak fikir apa .
Aku anak sulung yang manja .

Jadi aku sudah terbiasa minta sesuatu .
Perangai tu aku bawa sampailah kebesar sekarang ni .
Tapi aku lupa --
Bahawa hidup aku sekarang jauh dari keuarga --
Dekat dengan orang asing .
Jadi tak semua benda aku mampu dapat .
Banyak aku pendam .
Dan --
Banyak kali juga aku kecewa .

Iya .
Aku tahu yang menyusahkan kadang-kadang itu aku .
Tapi aku sedang ubah diri aku jadi bukan aku .
Aku ubah diri aku jadi macam mana orang keliling mahukan .
Jadi seseorang yang mendatangkan kegembiraan orang lain .
Tapi mendatangkan kesunyian dalam diri sendiri .
Aku seperti itulah sekarang .

Itu sakit .
Itu susah .
Dan itu buatkan aku rasa makin jauh dari gembira .
Dan itu buatkan aku rasa makin dekat dengan kesunyian .

Jadi untuk mereka-mereka yang aku pernah susahkan dengan itu ini aku --
Aku mintak maaf .
Mungkin kau tak mampu capai tahap aku .
Tidak apa .
Aku akan turunkan tahap aku selari dengan kau .
I'll meet your expectation .

Dan tidak apa yang sunyi itu aku .
Sebab dari dulu lagi aku mampu urus rasa .
Yang mana kebanyakkan kau tak mampu buat .
Maaf sekali lagi .
Aku tahu aku berdiri dimana dalam garis hidup setiap orang .





Aku perlukan laut .

REPLACED



Hari ini aku kucar kacir .
Bila aku lihat kau ada kawan baru gantikan aku .
Yang mana dulu sebelah engkau itu aku .
Bukan dia .

Dulu telinga aku --
Kaulah .
Senyum sakat aku --
Untuk kenakan kau .
Maki marah aku --
Semua lepaskan dekat engkau .
Kau faham .
Sebab kata kau --
Kau paling cool dan kau kawan aku .
Jadi kau terima semua .

Tapi sekarang aku sedar --
Semua itu bukan untuk aku lagi .
Sebab kita dah capai kata sepakat tanpa bersuara --
Iaitu instinct --
Bahawa kita akan bawa haluan masing-masing .
Sebab apa yang kita lalui tak akan jadikan kita macam dulu lagi .

Rumit .
Sampaikan tiada jalan penyelesaian .
Sampaikan kita tak pernah nak bersuara pasal masalah ini .
Sampaikan rasa menyampah itu bersarang sendiri .
Itu yang jadinya haluan masing-masing .

Tapi hari ini --

Aku sedar yang aku dah lama diganti .
Dari dulu lagi .
Diganti tanpa rela .
Diganti yang mana semua orang tidak mahu berada dalam situasi itu .
Diganti yang bawa erti sedih pedih .

Kenyataan hari ini --
Aku kena terima apa yang terpampang depan mata .
Kenyataan yang dah terjadi lama dulu .
Kenyataan yang aku adalah aku --
Kau adalah kau .
Tiada kaitan lagi .

Mungkin aku bukan yang terbaik .
Ah !
Klise .





No matter how good you do --
It just not enough .

SALAH FAHAM



Perbezaan ketara kau dan aku --
Buatkan aku tertanya-tanya .
Kenapa dengan kita ?
Apa masalah kita ?
Dan paling penting --
Apa punca masalah kita ?

Bila semua benda nak disalah faham --
Bila semua benda tak serasi dengan mata --
Bila semua benda nak dipersoalkan --
Bila semua benda pandang serong --
Sampai bila-bila kita tak akan macam dulu lagi .

Aku cuma nak kita cool macam dulu .
Macam kita baru mula-mula kenal .
Penatlah bila setiap kali aku nak cakap sesuatu --
Aku fikir betul atau salah untuk aku cakap benda itu --
Depan muka kau --
Dengan kau .

Sebab aku fkir kau akan marah aku --
Pandang jeling ke aku --
Maki aku --
Dan kau akan rosakkan situasi ketika itu .

Kiranya --
Kali ini aku nak jujur --
Aku dah tak selesa dengan kau .
Aku kekok .
Dulu rapat --
Dan sekarang tak .
Apa masalah kita pun aku tak tahu .
Mana jalan penyelesaian pun aku tak pasti .

Cuma satu --
Aku cuba jadi baik dengan kau .
Biar semua jadi manis semula .
Tapi kalau kita masih tak selari --
Mungkin aku akan senyapkan diri .




Maaf .
Aku kurang cool hari ini .

KALAU ESOK MASIH ADA


Kalau esok itu pasti masih ada --
Nak sahaja aku kasi tahu yang aku rindu engkau esok , lusa dan seterusnya .
Kalau esok itu pasti masih ada --
Nak sahaja aku pastikan aku mampu buat segalanya untuk engkau .
Kalau esok itu pasti masih ada --
Nak sahaja aku pastikan aku guna setiap detik jam yang ada didunia ini hanya untuk engkau .
Dan kalau esok itu pasti masih ada --
Nak sahaja aku pinjam kuota sayang orang lain untuk isi sayang aku dan sebarkan ke engkau .
Biar kau tahu sayang aku ke engkau itu banyak .

Tapi ini cerita kalau esok itu pasti ada .
Ada ke esok untuk kita ?
Aku tidak tahu .
Masa depan itu sesuatu yang rahsia .
Rahsia itu sesuatu yang tidak nyata .

Jika --
Esok telah tiada peluang untuk engkau dan aku lagi --
Aku cuma ada hari semalam .
Yang aku pasti bahawa aku dah laluinya dengan engkau .
Hari semalam yang aku boleh kenang .
Hari semalam yang aku masih boleh lihat engkau .
Esok belum tentu .

Jadi --
Unuk detik ini --
Saat ini --
Tika hela nafas ini --
Aku sayang setiap denyut nadi manusia yang jadi tulang belakang aku .
Sokong tidak kira jatuh bangun aku .
Sayang tidak kira sihat sakit aku .
Terima tika jahat baik aku .

Kerana esok yang tidak pasti --
Aku cuma mampu cerita sampai detik ini .





Rindu azimat terpahat rapi untuk --
Abah mak amirah ammar pika .

JANJI



Baru aku faham satu benda .
Benda yang aku tak pernah terfikir .
Dua orang manusia tak boleh hidup dalam medium berbeza .
Medium yang mana kau tak merasakan kehadiran dia --
Medium yang mana kau tak dapat sentuh dia --
Medium yang mana kau hanya dengar suara dia --
Dan medium yang paling sadis --
Kau hanya dapat membayangkan dia .

Kau hanya berborak pasal benda yang tak pasti .
Kau hanya dapat korek kenangan lama .
Kau tak dapat cipta memori baru .
Bila segalanya sudah habis dikorek --
Dikenang , mengenang dan terkenang --
Yang tinggal dalam perbualan seterusnya adalah --
'Sihat ?' --
'Dah makan ?' --
'Hari ni ada terfikir pasal i tak ?' --
'Hari ni ada rindu i tak ?' --

Mana perginya keseronokkan yang kau dan dia dapat dulu ?
Dan perbualan itu berulang sampailah kau jadikan ia --
Satu alasan yang munasabah untuk membawa haluan masing-masing .
'I dah bosan .' .

Masa itu baru kau ditampar realiti hidup .
Benda yang kau sangka kekal lama akhirnya --
Jadi kenyataan pahit yang selama ni bersarang jauh dalam sudut kepala hakiki kau fikirkan .

Kenapa benda ni jadi ?
Kerana kau dan dia bukanlah dalam satu medium .
Antara kau akan ada yang khianat .
Antara kau akan ada yang menangis .
Jangan salahkan dia .
Ini rasa yang semua orang rasa .

Kau akan tahu dia wujud --
Bila kau nampak satu jasad depan mata kau sendiri .
Bukan dalam angan-angan --
Atau desis suara jauh dicorong telefon .

Hidup dalam kenyataan .
Jangan tabur janji .





Janji terciptanya untuk dimungkiri .



MARI KONGSI RINDU SAMA-SAMA



Satu dua menjak ni --
Dalam kepala aku bukan ada ikan jerung --
Tapi ada kau .

Pedih --
Parah --
Dan pasrah .

Bila mana rindu hanya mampu dipendam --
Tahan kuat mana pun --
Mampu menggeletar satu badan walaupun hanya nampak bayang-bayang kau .
Ya --
Aku tahu aku klishe habis .
Tapi kenyataan yang tak lari dari rasa hati aku .

Bukan aku tak hidup ke depan .
Cuma aku sekali sekala toleh kebelakang --
Untuk kenang mana yang manis .
Untuk tengok mana yang terlepas pandang salah silap .
Dan untuk dijadikan tauladan dan pengajaran barang satu dua benda .

Perasaan rindu ini boleh datang , boleh juga pergi .
Jadi mungkin sekarang aku rindu kau .
Mana tahu lepas 30 minit dari sekarang aku dah tak rindu kau .
Benda yang tak boleh diduga .

Aku rindu --
Aku kasi tahu .
Tak kisahlah guna medium apa --
Biar rasa itu tinggal situ .
Tak adalah beban bila rindu sorang-sorang .
Kerana --
"Nothing haunts us like the things we didn't say" .

Jadinya aku akan rindu bila aku rasa rindu .
Aku tak akan rindu bila aku tak rasa rindu .
Mudah .
Kuota rindu aku pun banyak .
Aku tak lokek rindu .

Konklusinya satu je untuk entri kali ni --
Ya --
Aku rindu aku .
Ia mesti kena tepat batang hidung kau .




Aku tengah teka kau rindu aku ke tidak .

BUKAN PASAL TAHUN BARU



Tidur --
Bangun tidur --
Makan --
Taburkan kasih sayang --
Dah habis 2013 .

Jadinya --
Dalam satu tahun ini --
Aku punya seribu satu rasa .
Seribu satu rasa itu dah jadikan kanvas hidup aku --
Penuh warna-warni untuk aku kenang .
Penuh dengan palitan warna-warna hidup dan catitan perasaan.
Tidak kisahlah ianya dinoda dengan cela kesedihan --
Atau dijaga rapi dengan taburan kegembiraan .

Aku tak mengharap lebih untuk 2014 .
Takut yang diharap hilang --
Bila belum menjelang 2015 .
Takut juga bila diletakkan harapan terlalu tinggi --
Dia biarkan kita jatuh terhempas --
Dan mentertawakan kita sambil satu jari telunjuk menunding ke kita --
Dan satu tangan pegang perut .

Jadinya --
Selamat berkenalan orang-orang baru yang akan datang dan cipta memori dengan aku .
Dan --
Selamat berpisah orang-orang yang bakal berhenti cipta memori dengan aku .
Dan --
Selamat terus cipta memori dengan aku --
Wahai orang yang hargai aku .

So now im officially 12 years old .
Hewhewhew




Tidur tidur tidur !
Esok sekolah .