KALAU ESOK MASIH ADA


Kalau esok itu pasti masih ada --
Nak sahaja aku kasi tahu yang aku rindu engkau esok , lusa dan seterusnya .
Kalau esok itu pasti masih ada --
Nak sahaja aku pastikan aku mampu buat segalanya untuk engkau .
Kalau esok itu pasti masih ada --
Nak sahaja aku pastikan aku guna setiap detik jam yang ada didunia ini hanya untuk engkau .
Dan kalau esok itu pasti masih ada --
Nak sahaja aku pinjam kuota sayang orang lain untuk isi sayang aku dan sebarkan ke engkau .
Biar kau tahu sayang aku ke engkau itu banyak .

Tapi ini cerita kalau esok itu pasti ada .
Ada ke esok untuk kita ?
Aku tidak tahu .
Masa depan itu sesuatu yang rahsia .
Rahsia itu sesuatu yang tidak nyata .

Jika --
Esok telah tiada peluang untuk engkau dan aku lagi --
Aku cuma ada hari semalam .
Yang aku pasti bahawa aku dah laluinya dengan engkau .
Hari semalam yang aku boleh kenang .
Hari semalam yang aku masih boleh lihat engkau .
Esok belum tentu .

Jadi --
Unuk detik ini --
Saat ini --
Tika hela nafas ini --
Aku sayang setiap denyut nadi manusia yang jadi tulang belakang aku .
Sokong tidak kira jatuh bangun aku .
Sayang tidak kira sihat sakit aku .
Terima tika jahat baik aku .

Kerana esok yang tidak pasti --
Aku cuma mampu cerita sampai detik ini .





Rindu azimat terpahat rapi untuk --
Abah mak amirah ammar pika .