HARI-HARI KITA




Babe --
Hari-hari boleh sahaja kalau nak gaduh panjang .
Hari-hari boleh sahaja kalau kau nak menang .
Hari-hari boleh sahaja kalau kau nak ajak sembang panjang .
Kerana --
Aku ada sahaja hari-hari tak akan hilang .

Yang aku tahu --
Pada setiap hujung hari-hari kita yang padu itu --
Kau juga yang aku perlu --
Aku juga yang kau perlu --
Untuk pastikan kita berdua ada untuk setiap satu .

Tapi aku baru terfikir nak ke tahap lagi satu .
Dengan kaulah maksud aku .
Kau mahu ?

KENA JAGA HATI KAU KE ?



Ulangkali aku kata --
Aku tak sukakan perubahan .
Tolonglah faham .
Aku susah nak terima .
Aku susah nak serasikan dengan diri .
Tapi aku masih dapat kesan kalau-kalau ada yang layan aku lain .
Aku sangat peka tentang itu .
 
Realiti hari ini aku sedar --
Aku masih ditakuk lama .
Aku sibuk membayangkan apa akan jadi esok --
Kalau aku masih ada kau semua --
Yang aku ada hari ini .
Mesti dan pasti indah .
Itu bayangan aku .

Padahal aku salah sama sekali .
Aku ditampar realiti hidup .
Aku hanyalah rindukan semalam .
Aku terperangkap pada hari ini .
Dimana aku takut nak hadapi esok .
Esok yang mungkin kau semua tiada .
Esok yang mungkin kau adalah asing bagi aku --
Sampaikan aku memilih ayat untuk berinteraksi dengan kau .
Iyalah --
Takut-takut kau tak selesa .
Takut-takut aku ter-over berangannya .

Aku dah penat .
Penat jaga hati orang .
Kononnya aku ini tak faham orang .
Tapi hati aku macam mana ?
Oh lupa --
Kau rasa aku mana ada hati .
Sebab itu kau tak perlu faham aku kan ?
Got it .

Tak apalah --
Hal aku --
Aku urus sendiri .
Sebab aku kan power .
Paling power bab urus rasa .
Tak macam kau --
Kiri kanan orang kena jaga hati kau .
Ya aku tengah perli kau .
Sebab kau tak power macam aku .
Hehhhh .





Agaknya bila aku tak ada , apa kau rasa ek ?