SETIA


Ini cerita pada pandangan mata kasar aku --
Terhadap sekeliling.

Ini cerita kau dan dia .
Dua manusia yang pernah kongsi rasa sama --
Tapi sekarang --
Kecewa.

Kalau dulu --
Kaulah yang selekeh --
Kaulah yang tidak punya harta --
Juga tidak lah semanis orang lain mampu terima.
Tapi ada dia untuk terima kau.
Busuk mana pun hidup kau masa itu --
Dia ada.
Jatuh bangun hidup kau pun --
Dia ada.

Tapi sekarang --
Persoalannya mana kau sekarang ?
Dia duduk menangis kala waktu malam yang pekat --
Basah bantal --
Terkenang kau yang tinggalkan dia setelah kau rasa megah sedikit.
Dia --
Masih manis dan tersenyum.
Menggembirakan hati orang sekeliling.
Bukan berlagak kuat.
Tapi hanya itu ubat kekecewaan.
Pujuk hati sendiri yang kau dah lukakan.

Keji .

Manusia.
Payah untuk menghargai.
Bila dah bekerjaya --
Berharta --
Dan bergaya --
Dicampak tepi dia yang ada waktu kau susah.

Inilah hidup.

Aku berani catit sini kerana ini realiti.
Ramai yang mengalami.
Kasihan.
Mungkin sekarang kau tengah bahagia dengan orang baru.
Jangan lupa --
Dulu bahagia itu --
Kau juga pernah rasa dengan dia.
Tidak apa.
Mungkin ini susah yang kau kasi dia.
Bahagian kau --
Tunggu.
Karma ?
Bukan.
Ini realiti.







imagine.