HATI AKU MASIH LEMBUT

7/29/2015 01:46:00 AM

Masih jelas setiap ayat pernah kau cakap .
Terngiang-ngiang .
Terkedu .
Mati akal .
Sekelip mata aku tak kenal kau .
Dingin .
Ego .
Dan menipu .

Mana silap aku ?
Aku dah boleh agak benda ni akan jadi .
Tapi aku memperbodohkan diri aku mungkin --
Untuk jaga apa aku sayang --
Untuk pertahankan apa aku rasa berbaloi .
Tapi akhirnya sia-sia atas satu alasan pelik .

Tapi silap aku mungkin --
Campak diri dalam kusut yang sememangnya tak akan terlerai .
Tak apa aku korban --
Tak apa aku fight --
Tak apa aku pendam --
Aku cuma mahu senangkan kita .
Akhirnya --
Aku kalah teruk .

Jauh sudut hati aku --
Ini bukan angan-angan aku .
Jauh sudut hati aku --
Selama ini apa aku buat aku ikhlas --
Kerana aku sayang lebih .
Hati aku jadi lembut .
Tapi jauh sudut hati aku --
Teringat kau , aku jadi lembut hati --
Walaupun aku marah gila dan kau tak akan mengerti .

Kalau satu hari nanti hati kau lembut macam aku --
Kau tahu nak cari aku dekat mana .
Dan kau tahu apa kau perlu cakap masa itu untuk kita --
Carilah aku bila kau yakin perlu ada aku untuk hari seterusnya .
Aku sentiasa akan adakan diri untuk dengar apa kau nak cakap .
Paling tidak , aku cuba .
Dari dulu aku sentiasa cuba .
Untuk kau .





When it comes to you , I am a pathetic mess .

You Might Also Like

0 comments