PESAN

8/15/2015 01:44:00 AM

        


Psst ..
Rasa nak bercakap dengan diri sendiri .
Hai diri sendiri .
Bagaimana hati kau hari ini ?
Molek dan terjaga ?
Bagaimana perut kau hari ini ?
Sudah diisi dengan makanan ?
Dan bagaimana dengan fikiran kau hari ini ?
Sudah mampu sedut tenaga positif sahaja ?

Pesan otak kepada hati .
Tidak apa berduka .
Ada tempohnya .
Sampai masa dan tempohnya --
Maafkan lah dia .
Jangan kau takut hati --
Kerana aku akan ada sentiasa untuk pujuk kau .
Jadi dah sampai masa maafkan dia .

Kerana sekarang masa untuk aku terus ke depan .
Aku mahu kembali jadi rockstar .
Yang cool .
Dan tak akan kesahkan apa aku perlu rasa .

Untuk capai ketenangan yang aku dambakan --
Aku maafkan semua salah kau .
Aku akan lupakan benda pahit yang pernah jadi --
Dan hidup kenang memori indah dengan kau .
Tak apa aku sorang ingat dan kau lupa .
Tak apa .
Cukuplah sekadar aku tahu itu realiti saat itu .

Kerana aku tahu --
Ikhlas itu paling tinggi bila memaafkan orang lain --
Yang sakitkan hati sendiri .
Kerana aku juga tahu --
Keyakinan aku pada Allah tak terbatas .
Mungkin aku akan nampak mana logiknya apa berlaku sekarang --
Pada masa akan datang .
Mungkin baik untuk engkau --
Juga baik untuk aku .
Tapi mungkin juga ini ujian .
Jika kita benar-benar memang untuk saling ada --
Untuk satu sama lain --
Kita akan kembali untuk cari jalan --
Paling tidak pun untuk bertegur sapa .

Walaupun kita dah kembali pada asal bagaimana kita mula --
Iaitu orang asing .
Aku cuma nak kau tahu --
Aku dah maafkan kau .
Seperti sebelum ni --
Dan seperti biasa .
Hati aku lembut .

Hati lembut itulah ciri-ciri kearah si manis yang matang .
Mungkin .
Hiks .






Hati sifatnya bolak-balik .
Simpan dalam doa .

You Might Also Like

0 comments