KAREKTOR



Orang yang kau percaya sangat akhirnya tunjukkan belang --
Mengata kau dan --
Berfikir buruk pasal kau secara berdepan .
Terkejut ?
Tak perlu .

Semua karektor dalam dunia ni --
Ada jahat --
Ada baik .
Kau tak akan faham kenapa dan mengapa --
Dalam sekelip mata dia boleh berubah watak .
Mungkin kalaupun kau dengar apa sebabnya --
Kau tak akan hadam .
Kenapa ?
Kenara kau percayakan dia dari mula .

Tapi macam dalam mana-mana aspek kehidupan --
Kita semua ada watak jahat dan baik kita sendiri .
Kita yang tentukan bila kita nak mainkan watak jahat --
Atau bila kita nak mainkan watak baik .

Kerana kita semua manusia .
Manusia yang hidup didunia --
Yang berlandaskan "masa yang sesuai" .
Timing .
To trust and to believe .
Bergantung .

Kali ini --
Ego menang .
Kerana kita degil .
Dan sememangnya ego .

Bila nak baikkan keadaan ?
Mesti jawapannya "ENTAHLAH".





Life is tough but you are tougher .

HOPE


Pernah tak kau berada dalam satu situasi --
Yang mana kawan-kawan keliling kau tanpa sedar --
Datang dan bercerita masalah mereka pada kau .
Dengan menjadikan cerita itu lagi padu --
Dia datang dan menceritakan masalah tersebut --
Sambil ditemani air mata dan gerakan tangan --
Yang menunjukkan satu situasi tertentu .

Maka dengan tak semena-mena --
Kau sendiri akan mula mengeluarkan hujah-hujah --
Yang bernas dan rasional berdasarkan --
Pangalaman hidup kau --
Pengalaman hidup orang lain yang kau pernah tahu --
Cerita dari televisyen --
Cerita dari buku --
Dan cerita dari logik akal kau yang bernas .
Dan dia dengan kagumnya memuji-muji kau --
Kerana kehebatan logik akal kau masa menasihati dia .
Maka dia mengganggap kau --
PAKAR KAUNSELING .

Well --
At least we all need some --
Good advice --
A good listener --
Moral support --
And HOPE .



Terima kasih pada yang menyumbang harapan selama ini --
We do need lots of love .

MAIN GILA




Geram .
Sampaikan --
Berkerut kening aku tahan marah dan sedih .

Bilamana --
Marah dan sedih hanya mampu aku pendam --
Tanpa hembuskannya pada medium yang sepatutnya --
Dada aku sesak .
Kepala aku sarat .
Mulalah orang lain akan turut terkena tempiasnya .

Orang kata --
Peluang wujud cuma dua kali .
Kau rasa --
Peluang yang kau dapat dah berapa kali ?
Kau jangan main gila .

Menjengkelkan .






I always pay double .