REPLACED



Hari ini aku kucar kacir .
Bila aku lihat kau ada kawan baru gantikan aku .
Yang mana dulu sebelah engkau itu aku .
Bukan dia .

Dulu telinga aku --
Kaulah .
Senyum sakat aku --
Untuk kenakan kau .
Maki marah aku --
Semua lepaskan dekat engkau .
Kau faham .
Sebab kata kau --
Kau paling cool dan kau kawan aku .
Jadi kau terima semua .

Tapi sekarang aku sedar --
Semua itu bukan untuk aku lagi .
Sebab kita dah capai kata sepakat tanpa bersuara --
Iaitu instinct --
Bahawa kita akan bawa haluan masing-masing .
Sebab apa yang kita lalui tak akan jadikan kita macam dulu lagi .

Rumit .
Sampaikan tiada jalan penyelesaian .
Sampaikan kita tak pernah nak bersuara pasal masalah ini .
Sampaikan rasa menyampah itu bersarang sendiri .
Itu yang jadinya haluan masing-masing .

Tapi hari ini --

Aku sedar yang aku dah lama diganti .
Dari dulu lagi .
Diganti tanpa rela .
Diganti yang mana semua orang tidak mahu berada dalam situasi itu .
Diganti yang bawa erti sedih pedih .

Kenyataan hari ini --
Aku kena terima apa yang terpampang depan mata .
Kenyataan yang dah terjadi lama dulu .
Kenyataan yang aku adalah aku --
Kau adalah kau .
Tiada kaitan lagi .

Mungkin aku bukan yang terbaik .
Ah !
Klise .





No matter how good you do --
It just not enough .

SALAH FAHAM



Perbezaan ketara kau dan aku --
Buatkan aku tertanya-tanya .
Kenapa dengan kita ?
Apa masalah kita ?
Dan paling penting --
Apa punca masalah kita ?

Bila semua benda nak disalah faham --
Bila semua benda tak serasi dengan mata --
Bila semua benda nak dipersoalkan --
Bila semua benda pandang serong --
Sampai bila-bila kita tak akan macam dulu lagi .

Aku cuma nak kita cool macam dulu .
Macam kita baru mula-mula kenal .
Penatlah bila setiap kali aku nak cakap sesuatu --
Aku fikir betul atau salah untuk aku cakap benda itu --
Depan muka kau --
Dengan kau .

Sebab aku fkir kau akan marah aku --
Pandang jeling ke aku --
Maki aku --
Dan kau akan rosakkan situasi ketika itu .

Kiranya --
Kali ini aku nak jujur --
Aku dah tak selesa dengan kau .
Aku kekok .
Dulu rapat --
Dan sekarang tak .
Apa masalah kita pun aku tak tahu .
Mana jalan penyelesaian pun aku tak pasti .

Cuma satu --
Aku cuba jadi baik dengan kau .
Biar semua jadi manis semula .
Tapi kalau kita masih tak selari --
Mungkin aku akan senyapkan diri .




Maaf .
Aku kurang cool hari ini .