KEBODOHAN DAN PENGALAMAN
8/29/2013 01:53:00 AM
Kalau aku punya kanvas putih --
Waktu ini .
Kau bagilah sejuta jenis warna sekali pun .
Aku yakin --
Tak ada satu pun palitan warna atas kanvas milik aku .
Kerana jiwa aku kosong .
Yang ada mungkin cuma tompokan air mata kecewa --
Pada kanvas putih aku tu .
Aku bodoh .
Bodoh dari langkah pertama .
Bodoh tolak instinct sendiri .
Bodoh campakkan diri dalam kusut yang aku cipta sendiri .
Tapi kau tak ada hak memperbodohkan aku .
Hati --
Kepercayaan --
Rasa --
Hubungan --
Dan 2 tahun kita .
Aku masih perlukan alasan kukuh .
Bukan alasan bodoh .
Jujur je --
Bukan menggelabah serabai lari dari masalah --
Dan tunding jari ke mana hala tuju pun tak pasti --
Untuk buat aku kabur --
Dan senang kau lepaskan diri .
Tolonglah .
Tolong otak tu sematang umur kau .
Sebelum ni pun kau pernah jujur .
Walaupun kenyataannya memang teruk rabak aku nak terima --
Paling cikai pun kau jujur .
Aku paling tak suka penipu .
Kalau kau dah plan nak sakitkan hati aku --
Buat sehabis baik .
Biar tak ada kesan sesal dalam diri kau .
Aku tak kesah .
Tahulah aku urus hati aku .
Dah biasa sangat kena macam ni .
Bukan kau tak tahu pun .
2 tahun aku cerita semua dengan kau .
Sekarang aku rasa macam --
Loser .
Entry ni memang untuk kau .
Kalau kau baca --
Memang kata orang melayu --
Kena tepat batang hidung kau .
Gentle selesaikan dengan aku .
Bukannya aku tak faham .
Selama 2 tahun aku faham kau --
Tak akan sekali ni aku tak boleh faham kau kot .
Bak kata kau --
'I'm a fuck up mess' .
Yes , now you are .
You are not cool .
So not cool .
Kirim salam dekat kesayangan kau .
0 comments