AKU DAN MASA DEPAN YANG SAMAR-SAMAR



20 tahun .
Bagi aku umur yang sangat manis .
Ye aku tahu aku dah tweet ayat ni .
Lantak .

Kenapa aku rasa manis ?
Kerana kau berada ditengah tengah umur .
Dimana kau tak terlalu tua untuk main jongkang-jongkit .
Dan kau tak terlalu muda untuk fikir pasal kahwin .

Aku nak rasa semua pada umur ni .
Kalau nak tanya apa 'rasa semua' itu .
Aku tak mampu jawab .
Contohnya nak rasa bahagia .
Sedih .
Blur .
Cinta .
Kecewa .
Matang .
Kebudak-budakkan .
Disayangi .
Penting untuk seseorang .
Macam macam lagi rasa yang terlintas sekarang .

Tapi aku ada satu isu .
Isu nak fikirkan masa depan .
Apa aku nak jadi lepas habis belajar ?
Apa aku nak sumbangkan dekat mak abah ?
Apa aku nak sumbangkan dekat diri aku ?
Semualah .

Kata orang kita dah perlu merancang masa depan sekarang .
Kata oranglah .
Tapi .
Aku tak tahu mana nak mula merancang .
Mana yang jadi keutamaan .
Mana yang di kemudiankan .
Aku tak tahu .
Aku muda .
Tapi tak terlalu muda untuk buat tak endah hal ni .

Mungkin aku tak matang lagi .
Tak apa .
Masa tentukan segala .
Sambil sambil itu aku rancang perlahan-lahan .
Nasihatlah aku kalau cara aku berfikir salah .
Aku cool .





Lepas ni aku kunyah pop corn .
Sambil sambil tengok orang merancang masa depan .

AKU RASAKAN PESTA DI HATI





Malam ni aku nekad .
Nak persetankan segala rasa negetif yang bersarang dekat kepala dan hati .
Aku penat .
Apa aku rasa .
Apa aku fikir .
Tak mampu aku kasi tahu ke sesiapa .
Semata mata hanya aku sendiri tahu .

Jadi .
Untuk esok .
Dan seterusnya .
Otak aku akan senangkan cara pemikirannya .
Hati aku akan kosongkan kotak perasaannya .

Ya .
Aku cuba .
Cuba untuk jadi yang dingin dan cool .
Pedulikan rasa hati orang .
Kisahkan rasa hati sendiri .
Live life to the fullest !




Buat blog sambil dengar lagu bukan sesuatu yang power .
Argh .
Ayat tunggang terbalik .