AKU CERITA PASAL KETENANGAN

11/13/2013 07:24:00 AM



Aku nak hidup tenang .
Dikelilingi orang yang menenangkan hati .
Dikelilingi makanan yang menenangkan perut .
Dan dikelilingi unsur-unsur yang menenangkan .

Jadi untuk mendapat ketenangan yang aku idamkan --
Aku putuskan untuk --
Sekali lagi persetankan segala rasa orang .
Aku dah malas nak jaga hati orang .
Aku nak jadi orang yang pentingkan diri sendiri .
Kerana setiap kali aku ambil berat --
Aku kecewa .
Aku sedih .

Kerana untuk setiap kali aku kecewa --
Aku kucar kacir nak urus hati .
Kau tahu penat tahan kecewa ?
Rasanya macam celaka .
Kau tak boleh kasi tahu dia .
Kau simpan diam-diam dalam sudut hati --
Dengan harapan kecewa tu padam sendiri .
Padahal tidak .

Hidup ini adalah kita sendiri .
Yang tak akan kecewakan diri kita --
Adalah kita sendiri .
Yang tak akan buat kita sakit --
Adalah kita sendiri .
Kerana walau penting macam mana pun seseorang itu --
Kalau dia kasi bahu dia waktu kau sedih --
Dia mampu tarik bahu tu .
Kalau dia kasi nasihat guna mulut dia --
Dengan mulut tu juga dia mampu maki .
Kalau dia boleh cipta memori indah dengan kita --
Tak mustahil dia juga boleh cipta memori luka dengan kita .
Dia tetap akan palingkan badan dia kalau terdesak .
Dia tetap setankan rasa kita kalau terdesak .
Malah dia sanggup buat palat dengan kita kalau terdesak .

Ironi bukan ?

Jadi untuk lepas ni --
Aku yang pilih siapa patut ada dalam hidup aku .
Orang yang kasi ketenangan .
Orang yang positif .
Orang yang kasi aku kasih sayang .
Orang yang kasi aku makan .
Orang yang terima aku apa adanya .
Dan orang yang kasi aku duit .

Ya aku tahu fikiran aku logik .
Aku kan power .

Aku belajar dari kesilapan sendiri .
Kerana aku bodoh sebelum ini .
Jadi aku catit sini untuk ingatan aku .
Untuk kau yang baca juga --
Kalau mahu .

Yes --
I've changed .
Pain does that to me .





"Life's too short to stress over people who don't deserve to be an issue."

You Might Also Like

0 comments