TAK GEMAR PERUBAHAN

11/07/2013 01:06:00 AM



Semalam bukan main mesra .
Hari ni dingin macam celaka .
Kau kenapa ?
Aku bukan ahli nujum boleh teka apa kau rasa esok lusa --
Apa yang kau fikir esok lusa .
Aku syak ahli nujum pun tak mampu teka .

Aku masih tak boleh hadam kenapa orang berubah --
Dalam tempoh semalam dan hari ni .

Untuk orang yang macam aku . 
Yang jenis perasan setiap perkara kecil --
Yang jenis punya pemikiran tak semudah mana --
Aku penat juga nak fikir kenapa kau dah macam tu?
Dan bukan macam ni ?
Penat bukan main-main .

Baru aku faham kenapa kebanyakkan orang selalu cakap --
'Aku rindu dia yang dulu' .
Tak pernah pulak ada orang yang cakap --
'Aku rindu dia yang akan datang' .

Setiap kali berubah --
Kau bawa kebaikkan untuk diri kau .
Tapi kau bawa kecewa untuk orang lain .
Oh --
Baru aku faham .

Rasanya kali ni pun aku bodoh .
Bodoh fikir orang akan sama sentiasa .
Bodoh fikir aku boleh berlagak selamba bila dah kecewa .
Bodoh sebab aku sedar aku masih ditakuk lama .
Tak apalah --
Paling cikai pun aku kata diri sendiri yang tak bijak mana .

Lepas ni siapa-siapa rasa nak berubah dengan aku --
Jujur je .
Tahulah aku nak urus rasa lepas tu .
Aku tahu aku tak adalah lemah mana .
Aku masih boleh cool .

Jadi tak kisahlah kau rasa apa --
Fikir apa --
Untuk esok .
Kerana bagi aku --
Tu cuma perasaan hari ni .

Last .
Jangan salah ertikan perhatian orang beri .
Kau kasi impak yang besar dekat diri dia .





Aku berubah lagi dahsyat .
Percayalah . 

You Might Also Like

0 comments