JANJI

1/28/2014 01:41:00 PM



Baru aku faham satu benda .
Benda yang aku tak pernah terfikir .
Dua orang manusia tak boleh hidup dalam medium berbeza .
Medium yang mana kau tak merasakan kehadiran dia --
Medium yang mana kau tak dapat sentuh dia --
Medium yang mana kau hanya dengar suara dia --
Dan medium yang paling sadis --
Kau hanya dapat membayangkan dia .

Kau hanya berborak pasal benda yang tak pasti .
Kau hanya dapat korek kenangan lama .
Kau tak dapat cipta memori baru .
Bila segalanya sudah habis dikorek --
Dikenang , mengenang dan terkenang --
Yang tinggal dalam perbualan seterusnya adalah --
'Sihat ?' --
'Dah makan ?' --
'Hari ni ada terfikir pasal i tak ?' --
'Hari ni ada rindu i tak ?' --

Mana perginya keseronokkan yang kau dan dia dapat dulu ?
Dan perbualan itu berulang sampailah kau jadikan ia --
Satu alasan yang munasabah untuk membawa haluan masing-masing .
'I dah bosan .' .

Masa itu baru kau ditampar realiti hidup .
Benda yang kau sangka kekal lama akhirnya --
Jadi kenyataan pahit yang selama ni bersarang jauh dalam sudut kepala hakiki kau fikirkan .

Kenapa benda ni jadi ?
Kerana kau dan dia bukanlah dalam satu medium .
Antara kau akan ada yang khianat .
Antara kau akan ada yang menangis .
Jangan salahkan dia .
Ini rasa yang semua orang rasa .

Kau akan tahu dia wujud --
Bila kau nampak satu jasad depan mata kau sendiri .
Bukan dalam angan-angan --
Atau desis suara jauh dicorong telefon .

Hidup dalam kenyataan .
Jangan tabur janji .





Janji terciptanya untuk dimungkiri .



You Might Also Like

0 comments