SELAMAT HARI LAHIR AWAK

10/17/2012 05:54:00 PM


Assalamualaikum and happy wednesday !

Untuk kawan yang diingati

Subuh .
Nama kau terpapar pada skrin telefon aku .
Oh .
Hari lahir kau .
Macam mana untuk aku gambarkan apa yang aku fikir untuk kau mengerti ?
Ya , kau , aku semakin jauh . Jauh yang boleh buat kita lupa kita kawan .
Jika kau wujudkan jurang ini , aku faham .
Mungkin cuma aku yang bermain dalam keindahan masa depan yang aku punya kau ketika itu .
Meleset sama sekali masa depan yang aku dambakan .
Apa selama ini tidak berharga untuk kau ? Kenangan .
Cuma lakonankah kata-kata kau ? Selamanya kawan .
Mungkin aku terlalu naif untuk kenal belang kau masa itu .
Tapi kenaifan itu yang aku pegang sampai sekarang .
Aku jadikan naif aku sebagai 'HAPPY THOUGHTS' .
Supaya rasa benci itu cuma kosong dalam hati .

Perlu aku ucap selamat hari lahir pada kau ?
Aku takan jadi umpama kau .
Semoga Allah permudahkan segala hal untuk kau .
Semoga masa depan kau tidak umpama aku yang masih mengharap sedikit teguran dari kau .
Semoga kenangan kau , aku wujud pada hari ini dan mendatang .
Kerana aku ikhlas cipta memori bersama kau .
Hari lahir yang ke 19 aku ucapkan .
Maaf tahun ni aku tak mampu beri kejutan untuk kau .

SELAMAT HARI LAHIR FIONA WALAUPUN INI ADALAH SEBUAH LAMAN BLOG YANG DIJADIKAN MEDIUM UNTUK AKU SAMPAIKAN RASA ITU :)

You Might Also Like

0 comments