SIAPA MR. CHU ?

1/15/2013 08:01:00 PM

"Kau tak nampak bila aku menangis . Kau tak nampak bila aku berusaha.Tapi itu semua dulu.Sekarang aku dah senang.Tak perlu belajar lagi.Aku dah power mathematics." - Mr. Chu    (2012/2013)


Mr. Chu pensyarah kalkulus aku.
Setiap kali aku ada kelas calculus aku rasa bersemangat nak pergi.
Kerana lecturer aku.
Motivasi percuma dia yang aku tagih.
Jalan hidup dia yang aku letak sepenuh perhatian nak dengar.
Kerana dia umpama satu entiti yang sangat pelik namun berjaya buat aku tak ponteng kelas setakat ini.
Dalam hidup ini , siapa yang dilahirkan pandai ?
Siapa yang lahir-lahir dah tahu nak buat karangan bahasa melayu ?
Tiada.
"Semua dilahirkan bodoh." Mr. Chu
Aku teringat-ingat kata-kata Mr. Chu , umpama menyindir itu.
Walau beribu kali kau pergi kaunseling.
Walau beribu kali kau ikuti kursus motivasi membina diri , kursus motivasi cara-cara nak jawab matematik , kursus motivasi nak berjaya dan lain-lain.
Jika kau sendiri tak berubah , kau tak ke mana.
Kau boleh berjaya dalam segala bidang.
Cuma antara kau rajin atau malas , kata Mr. Chu aku.
Jangan juga percaya pada genetik .
Jika mak bapak kau pandai , itu bonus untuk kau.
Kau hanya tambah sikit usaha untuk berjaya.
Jika mak bapak kau tak pandai , kau usaha.
Ada jalannya nanti.
Jadikan segala yang menurunkan keyakinan kau sebagai satu semangat baru untuk berjuang.
Kerana dari situlah lahirnya sikap yang tak mahu kalah.
Mr. Chu - "Aku tak percaya takdir . Setiap apa aku buat . Aku buat bersungguh sungguh . Bila aku dah yakin baru aku doa sebelum jawab exam . Masa itu , Tuhan yang tolong aku."
Kadang-kadang aku memandang Mr. Chu sebagai orang islam dan melayu kerana dia tahu banyak pasal islam dan bahasa melayu itu sendiri.

Jika aku kenal kau , tak bermakna aku tahu semua pasal kau.
Begitu juga jika kau kenal aku , tak bermakna semua kau tahu pasal aku.
Banyak buku , banyak motivasi , banyak nasihat aku dengar dari pelbagai sudut.
Pokoknya diri aku sendiri.
Ya.
Aku sendiri.
Kerana dulu aku pernah gagal , tak bermakna nanti aku akan gagal.
Kerana dulu aku pernah jatuh , tak bermakna aku tak mampu bangkit.
Kerana dulu aku tak dikenali , tak bermakna selamanya macam itu .
Kerana dulu adalah pengajaran untuk aku.
Esok adalah sejarah baru aku.

"Kerana kita semua ada sejarah." -Mr. Chu(2013)

You Might Also Like

0 comments