KERANA AKU ANAK SULUNG

3/13/2013 09:35:00 PM

Aku anak sulung.
Orang bilang kalau anak sulung harapan tinggi untuk mak bapaknya.

Orang yang bilang.

Pada aku , aku takut kerana aku anak sulung.
Bila kau lahir ke dunia sebagai anak sulung.
Kau kene tabah.
Kau kene berdikari.
Kau kene jadi contoh.
Kau itu , kau ini.

Dugaan aku jadi anak sulung adalah:
Aku tak mampu mengadu segala susah dengan mak bapak.
Aku tak mampu menangis depan mak bapak.
Aku tak mampu lemah depan mak bapak.

Kerana aku tak mahu lihat setitik pun air mata mereka mengalir kerana aku
Kerana aku tak mahu mereka melihat aku sebagai seorang yang lemah untuk jaga adik adik.
Kerana aku tak mahu mereka susah hati melihat aku tak mampu berdikari.

Kerana anak sulung ego.
Ego yang tidak mampu dikikis.
Ego yang boleh membuatkan aku sembunyikan segala sedih dari mak bapak.

Bukan kerana aku tak mahu bercerita dan berkongsi dengan mereka.
Kerana mereka juga punya masalah sendiri.

Aku tahu akan ada yang tidak faham dengan cara aku.
Tapi itulah aku.
Anak sulung yang tak pernah cerita benda sedih dengan mak bapak.
Yang hanya tahu menangis ketika semua tidur , dibawah bantal dalam keadaan gelap.

You Might Also Like

0 comments