TEWAS LAGI

8/10/2015 01:29:00 AM


                   



Manusia sekarang senang buang orang .
Bila tak datangkan faedah , buang .
Bila tak datangkan kemanisan , buang .
Bila tak menjanjikan pulangan setimpal , buang .
Dan --
Bila tak menurut perintah , buang .

Apa kau dah tak ada kesedaran ke ?
Dulu yang wangi-wangi , manis dan bahagia --
Kau nikmati dengan dia bersama .
Sekarang --
Bila dah busuk-busuk , masam dan sedih --
Kau campak dia macam sampah .
Kenapa ?
Adakah kenangan itu mudah dilupakan ?
Adakah --
Semudah makanan jadi taik pada keesokkan harinya ?
Klise tapi itulah hakikat .

Kau perlu ingat .
Dia punya hati --
Rasa --
Impian --
Dan angan-angan .
Namun semuanya jadi kelam bila kau buang dia sebegini rupa .
Basah bantal dia setiap malam --
Apabila rindu itu terpa sekali secara kuat .
Tapi dia tahan laungan sendu sambil --
Tutup mata --
Tangan kanan tutup mulut --
Tangan kiri pegang dijantung yang berdenyut sakit itu .
Dan aliran air panas mengalir pada kedua belah mata .

Maka menangislah dia pada malam kerinduan itu .
Menangis seorang .
Tahan sendu .
Supaya keluarga tak tahu yang dia hancur berkecai .
Namun esok paginya --
Dia bangun dengan satu senyuman .
Yang mana senyuman itu untuk kaburkan mata orang .
Dia cuba jadi kuat .
Tapi dia tewas bila malam datang lagi .

Jauh sudut fikiran aku --
Bagaimana dia mahu bangkit semula ?
Tiada jawapan pasti .
Kerana kau adalah sebahagian cerita hidup dia .

Jangan pergi begitu sahaja .
Terangkan salah dia .
Jika tidak --
Seumur hidup dia --
Dia akan tertanya-tanya apa salah dia .

Tapi --
Keras macam mana pun dia --
Dia masih rindukan kau yang mesra .
Keras macam mana pun dia --
Hati dia masih lembut bila ingat kau .
Keras macam mana pun dia --
Dia tak pernah luka teruk macam ini .
Kerana realiti kali ini teruk --
Kau yang dia paling percaya --
Tolak dia jauh dari sudut hati kau .

Jangan hakimi dia --
Dia terjatuh teruk habis kali ni .







Adakah malam kerinduan itu malam ini ?

You Might Also Like

0 comments