JANGAN DEKAT . AKU SENSETIF

4/28/2013 02:35:00 AM



Lagi berapa hari , hari lahir aku .
Masuk kali ni kira dah 2 kali hari lahir aku , kita tak bertegur .
Lama .
Sesak dada aku fikirkan benda ni .
Aku dah tak percaya yang mengaku akan kekal dengan aku susah senang .
Kerana ....
Alaa .
Fikir sendiri dan faham faham jelah .

Suramnya rasa .
Kalau dulu kau yang selalu buat kejutan untuk aku .
Dan aku tahu yang aku memang ternanti nanti saat tu .
Sekarang jauh berbeza sama sekali .

Kerana rasa terluka itulah aku meletakkan dan mengubah diri seperti sekarang .
Aku mengubah perangai .
Aku mengubah rasa .
Aku mengubah fikiran dan pandangan .

Benda ni memberi kesan mendalam .
Nota yang panjang berjela kau tinggalkan dalam facebook buatkan aku sedih selalu .
Teringin benar aku nak balas tapi sampai sekarang aku tak mampu fikirkan ayat yang sesuai .
Yang pendek tapi padu .

Aku buat benteng di sekeliling diri aku .
Aku jadikan pengalaman kau dan aku mimpi ngeri dan aku tak mahu benda tu terjadi .
Kerana benteng yang terjadi antara kau dan aku , ramai yang terluka .
Terluka dengan perangai aku .
Terluka dengan percakapan aku .
Terluka dengan pemikiran aku .

Mungkin kata orang aku tak perlu menyalahkan engkau .
Semua itu pengajaran .
Buat rujukan .
Ambil iktibar .
Bla bla bla .
Cuma satu .
Mungkin ramai yang pernah rasa apa aku rasa .
Tapi aku tahu , rasa hati dan pemikiran orang berbeza .
Jangan hakimi aku .
Aku benci .



Oh jangan rapat dengan aku kalau dah merancang nak tinggalkan .

You Might Also Like

0 comments