PERNYATAAN MAUT DAN KURANG BIJAK

4/24/2013 01:16:00 AM



Sensetif betul hati aku malam ni .
Kerana sepotong ayat dari kau buatkan aku kecil dan jauh hati .

'Da gemuk kau sekarang haha'

Kita .
Ye , kau dan aku .
Tak bercakap melalui medium komunikasi selama bertahun .
Tak kiralah kita bercakap secara bersua muka atau laman sosial .
Lagi pun selepas habis sekolah kita tak pernah jumpa .

Sepanjang tempoh masa tu .
Apa yang kau harap pada luaran aku ?
Semakin meninggi ?
Semakin kurus ?
Apa kau ingat aku tak perlu makan nasi ?
Apa kau ingat aku makan pasir yang tak perlu untuk aku jadi gemuk ?
Tolonglah .

Lepas bertahun tak bercakap , itu yang kau perlu suarakan ?
Dude GET A LIFE !

Berlambak soalan yang mampu kau tanya selain itu .
Ye aku memang sensetif .
Sensetif aku tahap tinggi .
Kerana apa ?
Kerana kita tak rapat macam dulu .
Kerana kita dah lama tak berborak .
Dan ayat itu bukanlah satu permulaan baik untuk kau tegur perempuan .
Kita tak rapat lagi .
Jangan acah acah nak bergurau rapat dengan aku .
Kerana aku yang 3 tahun lepas berbeza dengan aku yang sekarang .


Oh garangnya post malam ni .
Ampun :)

You Might Also Like

0 comments