LET'S KEEP IT REAL AND SIMPLE

4/19/2013 03:36:00 AM



Aku punya banyak personaliti dan perangai .
Perangai dengan keluarga .
Perangai dengan kawan baik .
Perangai dengan kawan .
Perangai dengan teman tapi mesra .
Perangai dengan musuh .
Perangai dengan orang asing .
Semua lain .
Bukan talam dua , tiga muka ok .
Choyyy fikir gitu .
Senang cerita perangai itu biarlah ikut keadaan .

Mula nak kenal pastikan kau buat aku selesa .
Buatkan rasa kekok aku hilang .
Buatkan aku mampu cerita segala rasa ke engkau .
Buatkan aku mampu percaya engkau .

Aku suka guna ayat 'oi' , 'woi' mengikut keadaan .
Contohnya 'woi buat apa ?' .
Kau rasa kasar tak kalau guna ayat tu dekat orang tak rapat ?
Bagi aku kasar dan tak sampai hati nak cakap .

Untuk orang yang tak kenal mesej bagai dengan aku .
'Siapa ?' .
Itu ayat yang aku tanya .
Pendek dan ringkas dan padat .
Nampak sangat dinginnya dekat situ .

Aku juga bukan jenis macam dulu .
Semua nak tegur .
Tepi jalan pun tegur .
Sekarang ni aku tunggu orang tegur .
Kerana aku malu sebenarnya .
Sebab tu aku lebih pilih tunduk bila berjalan .
Sebab tu juga ramai fikir aku sombong .

Aku pun takut nak rapat dengan orang .
Perangai aku bukanlah semua boleh terima .
Dahlah suka cakap pelik pelik.
Suka cakap isi hati memalam buta .
Suka marah tak tentu pasal .
Suka membebel .
Suka cakap orang putih .
Suka syak bukan bukan .
Suka mencarut dalam hati .
Suka perhatian walaupun dari kawan sendiri .
Suka perli .
Suka perasan .
Kau ingat ramai boleh terima ke ?

Sebab tu hanya yang aku selesa , aku boleh gila gila .
Gila yang kita boleh sama sekepala .
Gila yang kau boleh selesa .
Aku berkali ganda boleh selesa .


Jom kita selesa sama sama .
Sh*t ! apa aku merapu nak selesa sama sama .

You Might Also Like

0 comments